AKTIVITI

 Senarai ini memaparkan semua Aktiviti termasuk yang sudah diarkibkan dan yang terkini

Pra-Pelancaran World Food Safety Day

 Dipaparkan sepanjang masa
Pra-pelancaran World Food Safety Day turut di lancarkan di Seminar Food Safety 2019. Pada tahun ini United Nation telah mengisytiharkan 7Jun sebagai Hari 'World Food Safety Day' buat pertama kalinya pada tahun ini. .Kempen 'Support World Food Safety Day' juga telah di lancarkan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dunia tentang kepentingan keselamatan makanan. Di peringkat global, kempen ini adalah untuk setiap individu menyatakan sokongan dalam bentuk rakaman video atau gambar terhadap Hari Keselamatan Makanan Sedunia. #WorldFoodSafetyDay #FAOWHOCodex

Food Safety Seminar 2019

 Dipaparkan sepanjang masa
Perasmian Food Safety Seminar 2019 oleh YBhg Dato' Dr Chong Chee Kheong mewakili Ketua Pengarah Kesihatan pada 16 April 2019 bertempat di Sama-Sama Hotel,KLIA

Mesyuarat ke-26 Codex Commitee for Fats and Oils (CCFO)

 Dipaparkan sepanjang masa
Mesyuarat ke-26 Codex Commitee Fats and Oils (CCFO) telah berlangsung dari 25hb Februari hingga 1hb Mac 2019 di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Seramai 137 delegasi dari 45 buah negara terlibat di dalam mesyuarat kali ini antaranya Perancis, USA, United Kingdom, German, Afrika Selatan, Chile, Brazil, Jepun, Republik Korea, China, Indonesia dan-lain. Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pn. Noraini Bt. Dato' Mohd. Othman mempengerusikan secara rasmi CCFO ke-26 kali ini. YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia telah menyempurnakan pelancaran Mesyuarat Sesi ke 26 Codex Comittee for Fats and Oils (CCFO) bertempat di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. CCFO adalah satu badan subsidiari Codex Alimentarius Commission (CAC). CAC merupakan program standard makanan yang ditubuhkan bersama oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunis (FAO) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Standard makanan antarabangsa yang disediakan oleh CAC bertujuan untuk melindungi kesihatan pengguna dan memudahcara perdagangan makanan. Sehingga kini, 188 buah negara termasuk Malaysia, dan sebuah pertubuhan iaitu Kesatuan Eropah telah menjadi ahli CAC.

EN