PENGUMUMAN

 Senarai ini memaparkan semua Pengumuman termasuk yang sudah diarkibkan dan yang terkini

Seminar Keperluan Pengeksportan Makanan 2019

 27 Ogos 2019  Dipaparkan sepanjang masa
Objektif seminar tersebut adalah untuk pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkongsi dengan pihak industri mengenai keperluan pengeksportan makanan oleh negara pengimport

Symposium on Scientific Development of Food Packaging: Innovations, Safety and Sustainability

 23 Jul 2019  Dipaparkan sepanjang masa
Food packaging plays an integral role in providing safe and sustainable food to global consumers. This Symposium is the first state-of-the science meeting to be organized by ILSI SEA Region focusing on the topic of food packaging. The symposium will bring together international and regional experts; food safety and food packaging professionals; representatives from government and regulatory agencies; as well as academics and researchers. The thematic sessions and presentations will provide insights from different perspectives, idenitfy priority research areas and discuss the benefits vs risk paradigm on food packaging and its communication.

Kursus & Latihan IFSTC

 13 Mei 2019 |  13 Mei 2019  04 Jul 2019

Sambutan World Food Safety Day

 Dipaparkan sepanjang masa
Adakah anda tahu? 7 Jun telah diisytiharkan sebagai hari sambutan World Food Safety Day oleh United Nation (UN) Kempen "Support World Food Safety Day" juga turut di lancarkan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat dunia tentang kepentingan keselamatan makanan yang sering di dipandang ringan sehinggalah sakit akibat keracunan makanan Di peringkat global, kempen ini bertujuan untuk setiap individu menyatakan sokongan terhadap "World Food Safety Day" dalam bentuk rakaman video dan di post di media sosial. JOM selfie dan Welfie sokongan anda! #WorldFoodSafetyDay #FOAWHOCodex

26th Session of the Codex Fats and Oils Committee in Malaysia

 Dipaparkan sepanjang masa
Members and Observers of the Codex Alimentarius Commission are meeting in Kuala Lumpur, Malyasia from 25 February to 1 March 2019 at the 26th session of the Codex Fats and Oils Committee. Discussions taking place include the addition of palm oil to the Codex Standard for Named Vegetable Oils; a proposed revision of the Standard for Olive Oils and Olive Pomace Oils; discussions on walnut oil, almond oil, hazelnut oil, pistachio oil, flaxseed oil and avocado oil, as well as alignment of food additives in standards for some fats and oils. Sumber : http://www.fao.org/fao-who-codexalimentarius/news-and-events/news-details/en/c/1181737/

Kursus Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) kepada Pegawai Teknologi Makanan

 Dipaparkan sepanjang masa
Bagi pegawai yang berminat untuk mengikuti kursus tersebut, borang permohonan hendaklah dikemukakan sebelum tarikh tutup permohonan kepada pegawai di Seksyen Pembangunan Juruaudit. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan diproses. Mohon rujuk Garis Panduan Pelantikan Juruaudit PJKM bagi prosedur permohonan selanjutnya.

Akuan Yang DIBENARKAN Dan TIDAK DIBENARKAN Tetapi BERSYARAT Pada Iklan Dan Label Makanan

 Dipaparkan sepanjang masa
Seksyen 17 (1) (b), Akta Makanan 1983 menyatakan apa-apa perkara yang dilarang pada label makanan juga dilarang dalam iklan makanan. Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang terlibat adalah Peraturan 18, 18(A), 18(B), 18(C), 18(D), 18(E) dan 26.

Jadual Permohonan Kursus Wajib Tenaga Pengajar Latihan Pengendali Makanan (LPM) Tahun 2019

 Dipaparkan sepanjang masa
Bagi individu yang berminat untuk mengikuti Kursus tersebut, permohonan boleh dikemukakan melalui sistem atas talian Food Handler Training Information System (FoHTIS) di http://fosimdomestic.moh.gov.my/. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses selanjutnya.

HEBAHAN KAJIAN SEMULA PERATURAN MINUMAN BERALKOHOL DI BAWAH PERATURAN-PERATURAN MAKANAN 1985

 Dipaparkan sepanjang masa
Dimaklumkan bahawa Bahagian ini sedang mengkaji semula semua peraturan minuman beralkohol di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Pihak yang berminat dijemput mengemukakan cadangan pindaan kepada Bahagian ini dengan melengkapkan maklumat seperti dalam borang "Format for Application on the Amendment of Food Regulations 1985 (Standard Commodity)” selewat-lewatnya sebelum 30 September 2019. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh berhubung dengan Pn Nor Nabihah binti Ab Rahman di talian 03-88850797 ext 4081 atau melalui emel n.nabihah@moh.gov.my.

Kursus Good Manufacturing Practice (GMP) kepada Pegawai Teknologi Makanan

 14 Ogos 2019 |  23 Ogos 2019  06 Sep 2019
Bagi pegawai yang berminat untuk mengikuti kursus tersebut, borang permohonan hendaklah dikemukakan sebelum tarikh tutup permohonan kepada pegawai di Seksyen Pembangunan Juruaudit. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan diproses.

PERMOHONAN SEMAKAN PELABELAN DAN KHIDMAT NASIHAT PELABELAN / APPLICATION OF LABELLING SCREENING AND LABELLING ADVISORY SERVICE

 31 Mei 2019 |  31 Mei 2019  12 Jun 2019
Dimaklumkan, pemprosesan permohonan Semakan Pelabelan dan Khidmat Nasihat Pelabelan akan ditangguhkan sementara bermula 3 Jun 2019 sehingga 7 Jun 2019 di atas cuti perayaan Hari Raya Aidil Fitri. Permohonan akan diproses semula bermula 10 Jun 2019. Walau bagaimanapun, permohonan masih boleh dikemukakan ke Bahagian ini seperti biasa. ________________________________________________________________________________ Please be informed that the processing of Labeling Screening and Labelling Advisory Services will be temporarily stopped from June 3, 2019 until June 7, 2019 due to Hari Raya Aidil Fitri holidays. Process of applications will resume starting from 10 June 2019. Nevertheless, the application can still be submitted to this Division as usual.

Iklan Jawatan Kosong Sebagai Pegawai Sains Pemakanan (Sambilan) C41

 04 Apr 2019 |  04 Apr 2019  05 Apr 2019

SERANTA AWAM ATAS TALIAN BIL 1/2019 BAGI DRAF PINDAAN PERATURAN-PERATURAN MAKANAN 1985

 Dipaparkan sepanjang masa
Cadangan draf pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah berkaitan tempoh sahlaku dan fi lesen bagi Air Minuman Berbungkus (AMB), Air Mineral Semulajadi (AMS), Air dari mesin jual air (MJA) dan ais. Semua maklum balas hendaklah dikemukakan ke alamat di bawah melalui surat bertulis secara rasmi / faks / emel sebelum 7 Mac 2019.

Makluman Pewartaan Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan) 2019

 Dipaparkan sepanjang masa
Adalah dimaklumkan Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan) 2019 P.U (A) 11 telah diwartakan pada 11 Januari 2019. Pewartaan peraturan ini berkaitan pindaan Peraturan 386A bagi pindaan subperaturan (1)(a) dan berkuatkuasa pada 12 Januari 2019.

Kadar Baru Fi Sijil Kesihatan Bagi Industri Makanan Tanpa Sijil HACCP KKM

 Dipaparkan sepanjang masa
Adalah dimaklumkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan akan melaksanakan kadar baru fi sijil kesihatan bagi industri makanan tanpa sijil HACCP KKM atau certification body (CB) yang diiktiraf; surveilan HACCP dan surveilan GMP mulai 1 Januari 2019 sepertimana yang dimaklumkan semasa sesi dialog bersama pihak industri pada 9 Ogos 2016.

Makluman Pewartaan Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan) 2018

 Dipaparkan sepanjang masa
Dimaklumkan Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan) 2018 P.U (A) 291 telah diwartakan pada 12 November 2018. Pewartaan peraturan ini berkaitan pindaan Peraturan 285 untuk mewajibkan garam dan garam halus yang tidak melebihi 20 kg dijual dalam bentuk beriodin di seluruh negara. Tarikh kuat kuasa peraturan ini adalah pada 30 September 2020.

MAKLUMAN PEWARTAAN PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) (NO.4) 2017 DAN PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2017

 Dipaparkan sepanjang masa
Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan) (No.4) 2017 P.U (A) 256 dan Peraturan-Peraturan Makanan (Pengkompaunan Kesalahan) 2017 P.U (A) 257 telah diwartakan pada 8 September 2017. Kedua-dua warta ini akan mula berkuat kuasa pada 1 Disember 2017.

EN