Teras Piagam
Piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kemudahan Untuk Pelanggan
Setiap pelanggan boleh mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada kementerian ini tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan diberi perkhidmatan dengan segera.
Taraf Perkhidmatan
Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas. Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional. Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.
Maklumat Perkhidmatan
Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan yang diberikan kepadanya. Setiap pelanggan boleh mendapat laporan mengenai perkhidmatan yang diterimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan.
Pendidikan Kesihatan
Setiap pelanggan akan diberikan maklumat mengenai aspek-aspek penting dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit.
Kewajipan Pelanggan
Kerjasama pelanggan adalah dipohon untuk membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia melaksanakan Piagam ini dengan berkesan dengan:
(i) Mematuhi semua proses kerja, sistem dan peraturan yang digunapakai dan;
(ii) Bersedia dengan maklumat dan dokumen-dokumen yang diperlukan.
(iii) Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan
(iv) Melengkapkan permohonan dan bayaran sebelum menghantar permohonan ke Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan bagi melancarkan proses kelulusan mengikut piagam pelanggan.