LANGKAH 3: PEMERIKSAAN MAKANAN IMPORT DI PINTU MASUK

Rajah di bawah menunjukkan prosedur pemeriksaan makanan di pintu masuk

 

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pemeriksaan Makanan Import di Pintu Masuk

  1. Terdapat enam (6)tahap pemeriksaan bagi menentukan risiko makanan tersebut iaitu:
    • Tahap 1 (Pelepasan Automatik Tanpa Syarat), di mana konsainan makanan diberi pelepasan secara automatik.
    • Tahap 2 (Pemeriksaan Dokumen Spesifik), Pegawai Berkuasa di pintu masuk perlu meneliti kesemua dokumen yang berkaitan (HC/CoA/Lesen) sebelum memberi  pelepasan.
    • Tahap 3 (Pemantauan Berasaskan Risiko), di mana pemeriksaan wajib dilakukan dan sampel makanan mungkin diambil untuk analisis makmal.
    • Tahap 4 (Surveilan Pengawasan), di mana pemeriksaan dan pensampelan wajib dilakukan. Konsainan dilepaskan setelah pensampelan dijalankan.
    • Tahap 5 (Tahan, Uji dan Lepas), pemeriksaan dan pensampelan wajib dilakukan. Konsainan ditahan setelah pensampelan dijalankan dan ianya akan dilepaskan setelah keputusan analisa mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
    • Tahap 6 (Penolakan Automatik), di mana sistem secara automatik menolak konsainan produk makanan yang terlibat.
  2. Surat kelulusan diperlukan untuk makanan yang diimport seperti yang dinyatakan dibawah:
    • Makanan bagi tujuan penyelidikan
    • Makanan bagi tujuan pameran
    • Makanan bertujuan khas untuk pesakit kritikal melalui permohonan hospital
    • Kegunaan Persendirian
    • Hadiah
    • Makanan Dengan Kelulusan Khas Dari Menteri
  3. Makanan yang didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan, akan diambil tindakan berikut:
    • Makanan ditolak kemasukan, re-export ke negara asalnya atau negara lain yang boleh menerimanya.
    • Jika makanan telah masuk ke Negara ini, Notis Penarikan Balik Produk akan dikeluarkan.
    • Bagi Tahap Lima (5), Tindakan Tahan, Uji dan Lepas akan dikenakan untuk konsainan makanan yang berikutnya dari pengeksport yang sama
    • Pelupusan
    • Pelabelah semula, Pemprosesan semula dan Pembaikan Semula Mutu Makanan
    • Tindakan Mahkamah

EN