LANGKAH 1: APA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MENGIMPORT

 

  1. Apa yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mengimport ?
    • Memastikan makanan yang diimport mematuhi Akta Makanan Malaysia 1983 dan Peraturan-peraturannya terutama sekali berkaitan dengan keselamatan, piawaian dan pelabelan.
  2. Memastikan makanan tersebut tidak berada di bawah bidang kuasa Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA), Kementerian Kesihatan, Malaysia.
    • Makanan yang diimport perlu dipastikan tidak berada di bawah bidang kuasa Badan Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA), Kementerian Kesihatan, Malaysia.
  3. Kenal pasti sama ada makanan memerlukan dokumen tambahan apabila ia diimport. 
    • Anda perlu mengenal pasti makanan yang diimport akan memerlukan dokument untuk disertakan dengan konsainan apabila ia diimport. (cth. Sijil Kesihatan, Sijil Analisis, Lesen dsb.). Sijil Kesihatan hendaklah disertakan dalam versi asal. Muat turun Senarai produk makanan tersebut (pdf) dibawah
  4. Agen pengimport dan penghantaran (broker kastam) perlu mendaftar dengan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM). 
    • Ejen pengimport dan penghantaran (broker kastam) perlu mendaftar dengan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) untuk mengimport makanan. FoSIM adalah sistem maklumat berasaskan web pintar yang dibangunkan untuk meningkatkan sistem pengurusan pengawasan keselamatan makanan; selain memastikan bahawa makanan yang diimport ke Malaysia adalah selamat untuk dimakan. Sistem ini dihubungkan dengan sistem Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Kastam (CIS), yang membenarkan pengimport, ejen penghantaran dan Pegawai yang Dibenarkan untuk menguruskan aktiviti pengimportan makanan secara elektronik, menggunakan pendekatan berasaskan risiko dalam menentukan bahaya yang terdapat dalam makanan yang diimport . Maklumat lanjut mengenai FoSIM termasuk pendaftaran pengimport dan ejen penghantaran boleh diakses menerusi http://fsis2.moh.gov.my/fosimv2.
  5. Makanan bayi yang diimport hendaklah mematuhi Kod Etika untuk pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan 2008 yang dikawal oleh Jabatan Pemakanan, Kementerian Kesihatan, Malaysia.
    • Makanan bayi yang diimport hendaklah mematuhi Kod Etika untuk pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan 2008 yang dikawal oleh Jabatan Pemakanan, Kementerian Kesihatan, Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila lawati http://nutrition.moh.gov.my.
  6. Memastikan bahan makanan dan makanan yang diperoleh melalui bioteknologi moden telah mendapat kelulusan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Malaysia (NRE).
    • Memastikan bahan-bahan makanan dan makanan yang diperoleh melalui bioteknologi moden (organisma /makanan diubahsuai genetik) mesti terlebih dahulu mendapat kelulusan oleh peristiwa melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Malaysia (NRE) sebelum pengimportan dibenarkan. Di samping itu, produk ini mesti mematuhi syarat pelabelan untuk makanan dan ramuan makanan yang diperoleh melalui bioteknologi moden seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan Makanan 1985.
  7. Makanan tertentu mungkin memerlukan permit / lesen / keperluan lain dari agensi kerajaan lain seperti Kuarantin dan Perkhidmatan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS). 
    • Makanan tertentu mungkin memerlukan permit import / lesen / keperluan lain dari agensi-agensi kerajaan lain seperti dari Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) atau agensi lain di bawah kementerian yang berlainan . Untuk maklumat lengkap mengenai jenis produk makanan dan agensi yang terlibat, sila rujuk kepada Perintah Kastam (Larangan untuk Import) 2017 atau hubungi Jabatan Kastam Diraja Malaysia di http://www.customs.gov.my untuk maklumat lanjut.
Keterangan
Additional import documentation for specific foods
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader

EN