PROGRAM KESELAMATAN MAKANAN (PROKEM)

Program Keselamatan Makanan (ProKEM)

 

PENGENALAN

  • Program Keselamatan Makanan (ProKEM) Dapur Asrama dibangunkan bagi menambahbaik Program Pemeriksaan Sendiri (KENDIRI) di dapur asrama sekolah/institusi. Ia bertujuan bagi menggariskan keperluan  kebersihan dan keselamatan makanan yang lebih bersistem melalui amalan kebersihan baik (GHP) dalam memastikan tahap keselamatan makanan yang disediakan di dapur asrama / institusi adalah bersih dan selamat. Ia bagi meningkatkan sistem yang sedia ada dari segi jaminan keselamatan makanan dan melindungi murid/pelajar/penghuni terhadap bahaya pencemaran makanan disepanjang rantaian penyediaan makanan.

 

OBJEKTIF

•       Sebagai rujukan kepada pengusaha dapur asrama sekolah dan institusi bagi mematuhi kehendak PPKM 2009 dalam penerimaan bahan mentah, penyimpanan, pengendalian, penyediaan dan penghidangan makanan supaya selamat dan terjamin kebersihannya.

•       Sebagai asas amalan kebersihan baik (GHP) di dapur asrama.

•       Menggurangkan kejadian keracunan makanan melalui amalan kebersihan baik (GHP)

Bahagian Keselamatan Makanan dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjalankan Projek rintis  bermula pada Julai 2019 melibatkan 31 buah dapur asrama sekolah harian di bawah KPM. Projek ini akan diperluas disemua dapur asrama sekolah dan institusi pada tahun 2020.


EN