2023

SERANTA AWAM ATAS TALIAN BAGI DRAF PINDAAN

 PERATURAN-PERATURAN MAKANAN 1985

 

Dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bercadang untuk membuat pindaan ke atas Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

 

Di Malaysia, kawalan ke atas keselamatan dan kualiti makanan terletak di bawah bidang kuasa KKM. Di bawah Akta Makanan 1983, KKM khususnya Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) bertanggungjawab untuk melindungi orang ramai daripada bahayanya daripada segi kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.

 

Selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan pindaan Peraturan dibuat secara telus dan mengambil kira maklumbalas pihak berkepentingan yang berkaitan, adalah menjadi tanggungjawab PKKM, KKM untuk mengadakan seranta awam atas talian ini.

 

Cadangan pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah untuk meminda:

PERKARA

KETERANGAN

TARIKH TUTUP MAKLUMBALAS

Seranta Awam Atas Talian Bil.1/2023 Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985

  1. Daftar II Jadual Kelima A untuk memasukkan akuan kandungan nutrien bagi DHA;
  2. Daftar IV Jadual Kelima A bagi meminda tahap minimum akuan fungsi DHA dan ARA;
  3. Daftar V Jadual Kelima A bagi syarat akuan yang dibenarkan untuk nutrien asid amino, asid lemak dan nukleotida

 

PKKM, KKM menjemput semua pihak berkepentingan yang berkaitan dan mana-mana pihak yang berminat untuk mengambil bahagian dalam proses seranta awam ini dan mengemukakan pandangan serta maklumbalas menggunakan pautan https://forms.gle/n8m63prUd7qPgXey6 sebelum 30 April 2023.

 

Seranta Awam Atas Talian Bil.2/2023 Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985

  1. Peraturan 84 Susu skim, susu tanpa lemak atau susu pisahan bagi pindaan had umur kanak-kanak, penambahan format penghurufan dan penyelarasan teks;
  2. Subperaturan (1)(a) Peraturan 85 Susu Pasteur supaya selari dengan penggunaan ayat pada subperaturan (1)(b);
  3. Peraturan 91A Susu tepung malt bagi pemansuhan peruntukan berkaitan aditif makanan kecuali bahan perisa;
  4. Peraturan 92 Susu campuran semula bagi definisi susu campuran semula dan pemansuhan peruntukan berkaitan aditif makanan; dan
  5. Peraturan 93 Susu bancuhan bagi definisi susu bancuhan dan pemansuhan peruntukan berkaitan aditif makanan

(Peruntukan berkaitan aditif makanan dimansuhkan kerana telah diharmonisasi dengan Codex)

 

PKKM, KKM menjemput semua pihak berkepentingan yang berkaitan dan mana-mana pihak yang berminat untuk mengambil bahagian dalam proses seranta awam ini dan mengemukakan pandangan serta maklumbalas menggunakan pautan https://forms.gle/cwtF8PJRUWGTrQ5Q7 sebelum 9 Jun 2023.

 

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:

 

Puan Faridah Malik Shari  (+603- 8885 0797 atau faridahms@moh.gov.my )

Puan Shazlina Zaini (+603- 8885 0797 atau shazlina@moh.gov.my)

Puan Nur Fareeza Hj Ngatiman (+603- 8885 0797 atau nurfareeza@moh.gov.my)

 

 

 

 

Keterangan
Draf pindaan seranta awam atas talian bil 2.2023.pdf
Draf pindaan seranta awam atas talian bil 1.2023.pdf
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader

EN