GRED MAKANAN

DEFINISI

Terma “food grade” adalah merujuk kepada apa-apa peralatan, perkakasan, pembungkusan atau bahan pencucian yang selamat digunakan apabila ianya bersentuhan dengan makanan.

Bahan yang didefinisikan sebagai “food grade” hendaklah mempunyai ciri-ciri :

  1. Bahan tersebut digunakan dalam julat suhu selamat yang telah disyorkan
  2. Bahan tersebut selamat untuk jenis makanan yang bersentuhan dengannya
  3. Integriti bahan tersebut tidak akan merosot atau terjejas semasa proses pencucian dan sanitasi

 

SKOP

​​​​Pensijilan ini terpakai kepada semua produk food grade yang digunakan dalam penyediaan, pemprosesan, pembungkusan, penstoran, penghantaran atau pendedahan makanan. Ianya terbuka kepada pengilang, pengimport atau mana-mana individu yang melakukan aktiviti penjualan produk tersebut. Pensijilan ini memberi informasi bahawa bahan yang digunapakai adalah selamat ke atas makanan. Pensijilan ini bersifat sukarela dan bertujuan memberi perakuan ke atas produk yang memenuhi syarat-syarat pensijilan.

Keterangan
Garis Panduan Pensijilan Gred Makanan (Food Grade) 2022
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader

EN