GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENYENARAIAN PENGUSAHA MAKANAN HOME-BASED

PENYENARAIAN PENGUSAHA MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOOD)

                       

 

Penyenaraian Pengusaha Makanan Sediaan di Rumah (Home-based Food) ini diperkenalkan bagi menggalakkan pengusaha home-based food mengamalkan amalan kebersihan dan penyediaan makanan yang selamat seterusnya mematuhi keperluan perundangan semasa. Melalui penyenaraian ini, pengusaha home-based food mampu meningkatkan hasil jualan melalui penggunaan logo pada label produk yang dihasilkan, sekaligus meningkatkkan keyakinan pengguna.

 

Permohonan penyenaraian boleh dibuat dengan mengemukakan Borang Permohonan dan dokumen permohonan sokongan seperti slip pendaftaran premis (FoSIM), pelalian vaksin anti-tifoid, sijil Latihan Pengendali Makaan dari Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf, label makanan serta dokumen sokongan yang lain seperti dinyatakan dalam garis panduan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke emel homebasedfood.bkkm@moh.gov.my atau hubungi talian 03-8885 0797.

Keterangan
Lampiran 1 : Senarai Semak KENDIRI
Lampiran 2 : Senarai Semak Kecukupan Dokumen
Lampiran 3 : Borang Pengesahan Maklumat Sijil
Senarai Lulus Penyenaraian Makanan Sediaan Di Rumah (Home-Based Food) (sehingga 29 Sept 2021)
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader

EN