GARIS PANDUAN PENYEDIAAN DAN PENJUALAN MAKANAN DI PREMIS OUTLET MAKANAN BERGERAK

Garis panduan ini dibangunkan sebagai panduan kepada pengusaha premis outlet makanan bergerak yang terlibat dalam penyediaan, pemprosesan, penyimpanan dan penghidangan makanan bagi tujuan jualan.

Garis panduan ini merangkumi 7 elemen iaitu pendaftaran premis, pengendali makanan, bangunan dan kemudahan, peralatan dan perkakasan, kawalan proses, kebersihan dan penyelenggaraan dan kawalan makhluk perosak di premis outlet makanan. Setiap elemen menerangkan keperluan asas yang perlu dipatuhi sebagaimana yang diperuntukkan
dalam Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab semua pengusaha premis outlet makanan bergerak untuk melaksanakan keperluan keselamatan makanan yang telah ditetapkan bagi memastikan makanan yang dihasilkan adalah selamat untuk dimakan oleh pengguna dan seterusnya dapat mengelakkan kejadian keracunan makanan.

Keterangan
Garis Panduan Penyediaan dan Penjualan Makanan di Premis Makanan Outlet Bergerak
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader

EN