PENGUMUMAN
INFORMASI
APAKAH PENDAFTARAN JURUANALISIS MAKANAN DAN PERAKUAN AMALAN TAHUNAN?
PERHATIAN:
- Adalah dimaklumkan bahawa semua permohonan berkaitan Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia hendaklah dibuat melalui sistem FoSIM di https://fosim.moh.gov.my. Bagi tujuan pendaftaran sistem FOSIM untuk kali pertama, sila rujuk FoSIM_Manual Pendaftaran Pengguna yang turut disediakan di dalam jadual di bahagian bawah laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah pendaftaran sistem, sila hubungi sdfosim@moh.gov.my.
- Permohonan pendaftaran juruanalisis makanan hendaklah menggunakan ALAMAT E-MEL PERIBADI YANG AKTIF MILIK PEMOHON iaitu juruanalisis makanan dan tidak boleh menggunakan alamat e-mel atau akaun FoSIM milik syarikat.
- Permohonan juruanalisis makanan juga tidak boleh berkongsi akaun yang sama dengan permohonan pensijilan lain berkaitan syarikat (contohnya HACCP, GMP, pelesenan, khidmat pelabelan dan lain-lain) bagi mengelakkan kesulitan di kemudian hari.
- Pemohon juga dinasihatkan untuk membuat permohonnya sendiri tanpa menggunakan wakil bagi mengelakkan percanggahan dan ketidaktepatan maklumat.
- Bagi pemohon yang mempunyai ijazah daripada LUAR NEGARA, dokumen/maklumat pengiktirafan kerajaan Malaysia ke atas ijazah yang diperolehi hendaklah dikemukakan sebagai maklumat tambahan.
- Sebagai panduan membuat permohonan, juruanalisis makanan boleh merujuk kepada Panduan Permohonan Melalui Sistem FoSIM yang turut disediakan di laman ini.
- Jadual Fi bagi setiap permohonan adalah seperti berikut:
PERKARA | JUMLAH FI (RM) |
1. Permohonan Pendaftaran Juruanalisis Makanan - Borang A | 250.00 |
2. Permohonan bagi Perakuan Amalan Tahunan (APC) - Borang D | 100.00 |
3. Permohonan bagi Pembaharuan Perakuan Amalan Tahunan (Pembaharuan untuk tahun berikutnya perlu dibuat sebelum 1 Disember tahun semasa – Borang F) | 100.00 |
4. Permohonan bagi Pembaharuan Perakuan Amalan Tahunan Dengan Caj Lewat (Pembaharuan untuk tahun berikutnya dibuat bermula 1 Disember tahun semasa – Borang G) | 150.00 |
5. Permohonan bagi salinan yang diperakui sah perakuan pendaftaran | 50.00 |
6. Permohonan bagi salinan yang diperakui sah perakuan amalan tahunan | 20.00 |
*Sila rujuk Panduan Bayaran Melalui Sistem FoSIM sebelum meneruskan pembayaran fi.
- Sebarang pertanyaan berkaitan sila e-melkan kepada sekretariat di mjmm@moh.gov.my.