2020

SERANTA AWAM ATAS TALIAN 

 

Dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bercadang untuk membuat pindaan ke atas Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013.

 

Di Malaysia, kawalan ke atas keselamatan dan kualiti makanan terletak di bawah bidang kuasa KKM. Di bawah Akta Makanan 1983, KKM khususnya Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) bertanggungjawab untuk melindungi orang ramai daripada bahayanya daripada segi kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.

Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013 adalah peraturan yang dibuat di bawah Akta Juruanalisis Makanan 2011 yang bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia, mengadakan peruntukan bagi pendaftaran orang yang menjalankan amalan sebagai juruanalisis makanan dan mengawal selia amalan juruanalisis makanan serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

 

PERKARA

KETERANGAN

TARIKH TUTUP MAKLUMBALAS

Seranta Awam Atas Talian Bil. 1/2020 Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 

 

Cadangan draf pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah berkaitan: 

  1. Peraturan 28 Barangan seramik;
  2. Peraturan 360A Air mineral semulajadi
  3. Peraturan 394 Standard bagi ais yang selamat diminum;
  4. Jadual Kedua Belas Nutrien yang ditambah yang dibenarkan
  5. Jadual Ketiga Belas Kadar maksimum yang dibenarkan bagi pembebasan plumbum dan kadmiun
  6. Jadual Keenam Belas Residu racun perosak
  7. Jadual Keenam Belas AA Paras nutrien bagi susu tepung rumusan untuk kanak-kanak;
  8. Jadual Kedua Puluh Satu Ramuan pilihan dalam rumusan bayi; dan
  9. Jadual Kedua Puluh Satu A Tahap nutrien bagi rumusan susulan
  10. Jadual Kedua Puluh Lima Standard bagi air minuman berbungkus dan air dari mesin jual air;
  11. Jadual Kedua Puluh Lima A Standard bagi air;
  12. Jadual Kedua Puluh Enam Standard bagi air mineral semulajadi;
Sebelum 23 Februari 2020

 

Selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan pindaan ini dibuat secara telus dan mengambil kira maklumbalas pihak berkepentingan yang berkaitan, adalah menjadi tanggungjawab BKKM, KKM untuk mengadakan seranta awam atas talian ini.

 

BKKM, KKM menjemput semua pihak berkepentingan yang berkaitan dan mana-mana pihak yang berminat untuk mengambil bahagian dalam proses seranta awam ini dan mengemukakan pandangan serta maklumbalas menggunakan Lampiran A yang disertakan.

 

Semua maklum balas hendaklah dikemukakan melalui surat bertulis secara rasmi / faks / emel ke alamat di bawah :

Seranta Awam Atas Talian Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985

Seranta Awam Atas Talian Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan 
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 4, Menara Prisma

No 26, Jalan Persiaran Perdana Presint 3

62675 Putrajaya, MALAYSIA 
Tel          : +603-8885 0797 
Faks       : +603-8885 0790 
E-mel    : perundanganbkkm@moh.gov.my

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan 
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 4, Menara Prisma

No 26, Jalan Persiaran Perdana Presint 3

62675 Putrajaya, MALAYSIA 
Tel          : +603-8885 0797 
Faks       : +603-8885 0790 
E-mel    : perundanganbkkm@moh.gov.my / mjmm@moh.gov.my

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Seranta Awam Atas Talian Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985

Seranta Awam Atas Talian Bagi Draf Pindaan Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013

Puan Zailina Abdul Majid  (+603- 8885 0797 atau zailina.am@moh.gov.my)

Puan Maria Afiza Omar (+603- 8885 0797 atau maria.afiza@moh.gov.my)

Cik Norshafawati Rosli (+603- 8885 0797 atau norshafawati@moh.gov.my)

Cik Norshafawati Rosli (+603- 8885 0797 atau norshafawati@moh.gov.my)

Cik Irma Mohamad Samsi  (+603- 8885 0797 atau irma@moh.gov.my )

Puan Hadidawati Mahadi (+603- 8885 0797 atau hadidawati@moh.gov.my)

Keterangan
LAMPIRAN A_seranta awam Bil.1_2020.doc
Seranta Awam Atas Talian Bil 1 2020.pdf

EN