HEBAHAN 5 YEARS REVIEW

 

HEBAHAN

PERANCANGAN KAJIAN SEMULA PERATURAN STANDARD KOMODITI DI BAWAH PERATURAN-PERATURAN MAKANAN 1985

 

Dasar Negara bagi Pembangunan dan Pelaksanaan Peraturan telah menggariskan untuk semua agensi persekutuan mengkaji semula semua peraturan setiap 5 tahun. Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) telah merancang untuk mengkaji semula secara holistik dan sistematik semua peraturan di bawah Akta Makanan 1983 bagi peraturan standard komoditi di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Kajian semula dibuat bagi menilai peraturan sedia ada masih kekal relevan dengan mengambilkira perkembangan terkini Standard Codex Alimentarius, amalan dan norma-norma antarabangsa, perubahan dalam dasar dan polisi kebangsaan serta perkembangan terbaru dalam sains dan teknologi makanan.

 

Kajian semula peraturan berkaitan standard komoditi akan dibuat dalam tempoh 5 tahun bermula tahun 2020 sehingga 2024. Ia akan dilaksanakan secara berfasa mengikut keutamaan. Sekiranya terdapat keperluan untuk pindaan, peraturan tersebut akan melalui proses pindaan sehinggalah diwartakan.

 

Pihak PKKM akan membuka cadangan pindaan bagi kumpulan komoditi makanan berikut:

TAHUN

KOMODITI

TARIKH TUTUP PENERIMAAN PERMOHONAN

2021

  1. Minuman Ringan dan Minuman Isotonik
  2. Lemak Makan dan Minyak Makan
  3. Jem, Jeli Buah, Marmalad dan Sari Kaya
  4. Daging dan Hasil Daging dan Sarang Burung Mentah Bersih yang Boleh Dimakan
  5. Makanan Berkaling untuk Bayi dan Kanak-Kanak

31 Disember 2020

2022

  1. Ikan dan Hasil Ikan
  2. Konfeksi
  3. Buah – Buahan dan Hasil Buah - Buahan
  4. Bijirin, Hasil Bijirin, Kanji dan Roti
  5. Makanan Diproses Berasaskan Bijirin untuk Bayi dan Kanak-Kanak Kecil

31 Disember 2021

 

Tambahan komoditi:

  1. Air Mineral Semulajadi
  2. Air Minuman Berbungkus

29 April 2022 (Jumaat)

2023

  1. Teh, Kopi, Cikori Dan Hasil Yang Berkaitan
  2.  Kekeras Dan Hasil Kekeras
  3.  Sayur-Sayuran Dan Hasil Sayur-Sayuran
  4.  Makanan Yang Tidak Distandardisasikan Di Tempat Lain
  5.  Novel Food
  6.  Rumusan Susulan
  7.  Penggunaan Air, Ais Dan Stim

31 Disember 2022

 

 

2024

 

  1. Bijirin, Hasil Bijirin, Kanji dan Roti
  2. Malt dan Ekstrak Malt
  3. Telur dan Hasil Telur
  4. Sup dan Stok Sup
  5. Garam dan Rempah
  6. Rumusan Susulan

31 Disember 2023

 

 

 

Oleh itu, semua pihak yang berkepentingan (stakeholders) adalah dipelawa untuk mengemukakan sebarang cadangan pindaan bagi kumpulan komoditi tersebut. Senarai penuh peraturan adalah seperti di LAMPIRAN 1. Permohonan cadangan pindaan perlu menggunakan BORANG (Format for The Application on Amendment of Commodity Standard Under Food Regulations 1985) yang dilengkapkan dengan maklumat, data dan dokumen yang berkaitan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai di bawah di talian +603-8885 0797.

 

Puan Siti Munirah W. Jusoh@ Kamal (munirah_kamal@moh.gov.my)

Puan Rabia'atuladabiah binti Hashim (adabiah@moh.gov.my)

 

Keterangan
Format for The Application on Amendment of Commodity Standard Under Food Regulations 1985.zip
LAMPIRAN 1 - HEBAHAN KOMODITI 2024.doc
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader

EN