SERAMIK

PENDAFTARAN BARANGAN SERAMIK

Pendaftaran barangan seramik (ceramic table ware) yang ditawarkan oleh KKM bermula November 2018 adalah diperkenalkan bagi membantu industri memenuhi keperluan pematuhan kandungan Plumbum dan Cadmium dalam produk barangan seramik yang dijual. 

Pendaftaran ini juga ditawarkan secara sukarela bagi mengiktiraf industri seramik khususnya perkakasan atau bungkusan barang seramik yang digunakan sebagai barangan makanan, yang dibuat daripada tembikar tulang, porselin, tembikar kekaca, tembikar tanah liat termasuk tembikar batu besi dan tembikar batu yang digunakan atau bertujuan untuk digunakan dalam penyediaan, pembungkusan, penstoran, penyerahhantaran atau pendedahan makanan, untuk makanan manusia.

Barangan seramik yang telah berdaftar layak menggunakan logo di bawah:

Keterangan
BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN BARANGAN SERAMIK
GARIS PANDUAN PENDAFTARAN BARANGAN SERAMIK
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader

EN