PENGEKSPORTAN MAKANAN BERASASKAN HAIWAN KE VIETNAM

Program penyenaraian premis pemprosesan makanan berasaskan haiwan merupakan salah satu aktiviti di bawah kawalan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi tujuan pengeksportan makanan berasaskan haiwan ke Vietnam premis pemprosesan makanan perlu disenaraikan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan didaftarkan dengan Department of Animal Health (DAH), Vietnam seperti yang dinyatakan dalam Circular 11/2017/TT-BNNPTNT bertarikh 29 Mei 2017 dan Decree No. 15/2018/ND-CP Regulating the Implementation of a Number of Articles of the Law on the Food Safety bertarikh 2 Februari 2018. 

Walau bagaimanapun, berdasarkan Article 14, Decree No. 15/2018/ND-CP bertarikh 2 Februari 2018, premis pemprosesan makanan berasaskan haiwan ke Vietnam bagi processed dan pre-packaged foods dikecualikan daripada pendaftaran dengan DAH. Dalam hal ini, pihak syarikat perlu berhubung dengan agent/ importer di Vietnam bagi tujuan product self-declaration seperti yang dinyatakan dalam Article 4 & 5 Decree No. 15/2018/ND-CP bertarikh 2 Februari 2018.

Selain itu, pengeksportan makanan bersasaskan haiwan ke Vietnam perlu mematuhi Law on Animal Health No. 79/2015/QH13 termasuk perkara-perkara berhubung animal health, quarantine dan veterinary hygiene.

 

Senarai premis eksport yang telah disenaraikan boleh disemak melalui pautan berikut: 

Daging dan hasilan daging ke Vietnam: Semak di sini

 

Untuk penerangan lanjut mengenai program penyenaraian eksport sila hubungi:

Perkara

Pegawai

Maklumat perhubungan

Pengeksportan Makanan Berasaskan Haiwan Ke Vietnam

Puan Aainaa Mastura binti Abu Bakar

Tel: 03-88850797 samb. 4222

E-mel: aainaa.mastura@moh.gov.my

Keterangan
Specific Export Requirements for Export of Meat and Meat Products to Vietnam
GVN Reformed Decree Guiding the Law on Food Safety
Circular Amending And Supplementing A Number Of Articles Of Legal Documents Relating The Functions And Tasks Of Units
Keterangan
Borang 7: Senarai Pengeluaran Makanan dan Pertubuhan Perniagaan yang didaftarkan untuk dieksport ke Vietnam
Form 9: Brief Information on Food Safety Conditions of Food Production and Business Establishments

EN