Setiap negara pengimport mengenakan keperluan pengimportan produk makanan yang berbeza. Adalah menjadi tanggungjawab pengeksport makanan dari Malaysia untuk mengambil tahu keperluan pengimportan makanan yang perlu dipatuhi sebelum mengimport makanan ke mana-mana negara. Maklumat pengimportan makanan boleh didapati dari agen-agen pengimport atau di laman sesawang pihak berkuasa (competent authority) sesuatu negara.
Sekiranya, pengeksport gagal mematuhi keperluan yang ditetapkan, produk makanan yang dieksport boleh dikenakan pelbagai tindakan berdasarkan perundangan negara pengimport antaranya produk akan ditolak dan dihantar semula ke Malaysia, dilupuskan di negara pengimport dan lain-lain.