PENDAFTARAN PREMIS MAKANAN

Aktiviti Pendaftaran Premis Makanan

Seperti yang dikehendaki di bawah Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, premis makanan wajib didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Empat (4) kategori pengkelasan adalah seperti berikut:

  • P1- Kilang makanan, premis yang terlibat di dalam
  • P2 – Katering makanan,
  • P3- “Outlet” makanan seperti restoran, gerai, warung, kantin dan sebagainya
  • P4 – Kenderaan yang digunakan untuk menjual makanan sedia dimakan.

Pendaftaran premis makanan tersebut perlu dilakukan oleh pemilik premis melalui aplikasi atas talian yang beralamat di http://fosim.moh.gov.my/ Tempoh sah bagi sesuatu pendaftaran premis ialah selama tiga tahun dari tarikh ia dikeluarkan. Apabila tamat tempoh, pendaftaran premis perlu diperbaharui bagi membolehkan aktiviti penjualan makanan dijalankan.

Seseorang itu adalah melakukan suatu kesalahan sekiranya gagal untuk memperbaharui pendaftaran premisnya dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 10,000.00 atau penjara selama tidak melebihi dua tahun.

Bermula daripada tahun 2010 sehingga 21 Mei 2013 sebanyak 58,143 buah premis makanan telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.

 

Bilangan Premis Makanan Berdaftar Dengan KKM

Tahun

Bilangan

2010

7246

2011

14780

2012

25012

2013 (sehingga 21 Mei 2013)

11105

Jumlah

58143

 

Pencapaian Aktiviti Pendaftaran Premis Makanan Mengikut Negeri

  JUMLAH PREMIS BERDAFTAR 2013 2014 2015 2016 2017 2018 (sehingga
April 2018)
PERLIS 2651 621 292 147 447 343 304
KEDAH 11438 2126 2805 1500 1426 1546 739
PULAU PINANG 8658 741 1053 1256 1390 2451 1053
PERAK 11905 2862 2031 1448 899 1364 631
SELANGOR 27809 5170 5959 3274 3798 3821 1408
NEGERI SEMBILAN 7301 2332 1588 620 752 680 437
MELAKA 5373 1265 482 546 862 1141 491
JOHOR 21284 5662 4238 1688 1926 2409 1063
PAHANG 9530 1156 1143 1289 1191 1412 814
TERENGGANU 7274 776 1262 852 899 1170 738
KELANTAN 8376 1985 1512 1108 755 1063 409
W.P KUALA LUMPUR
& PUTRAJAYA
7331 2151 1485 744 768 1024 374
SABAH 9701 1688 1281 1282 1147 1627 806
SARAWAK 10001 1783 1464 1268 1027 1342 722
W.P LABUAN 855 120 152 59 215 87 72
JUMLAH 149487 30438 26747 17081 17502 21480 10061

 

Sumber : Fosim Domestik


EN