Program penyenaraian premis pemprosesan/pengeksport makanan ke Singapura merupakan salah satu aktiviti di bawah kawalan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Program penyenaraian ini diwujudkan secara bilateral di antara Malaysia dan Singapura sejak tahun 2014. Premis pemprosesan makanan/pengeksport makanan ke Singapura perlu disenaraikan diperingkat nasional melalui competent authority iaitu Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM dan akan diberi nombor kod penyenaraian. Penyenaraian premis pemprosesan/pengeksport makanan ini mempunyai tempoh sah laku selama 3 tahun.
Terdapat dua program penyenaraian premis pemprosesan /pengeksport makanan ke Singapura mengikut kategori produk seperti berikut:
Catatan:
1 Contoh kuih tradisional ialah kuih lapis, ang ku kueh, kuih dadar, onde-onde, putu piring dan lain-lain kuih mudah rosak
2 Contoh makanan bermasak berasaskan nasi ialah nasi lemak, nasi goreng, lontong dan lain-lain
3 Contoh lain-lain makanan bermasak ialah putu mayam, roti paratha dan lain-lain
* Hanya produk sedia untuk dimakan sahaja. Produk sejuk beku atau tidak bermasak adalah dikecualikan pada masa ini
Maklumat berhubung pengeksportan produk makanan ke Singapura juga boleh didapati melalui laman sesawang AVA Singapura. Untuk penerangan lanjut mengenai program penyenaraian eksport sila hubungi:
Perkara |
Pegawai |
Maklumat perhubungan |
---|---|---|
Penyenaraian eksport ke Singapura |
Puan Nur Ain binti Zukaflin |
Tel: 03-88850797 samb. 4230 E-mel: ain.zulkaflin@moh.gov.my |