Program penyenaraian premis pemprosesan sarang burung mentah (raw clean edible bird’s nest) ke China merupakan salah satu aktiviti di bawah kawalan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi tujuan pengeksportan sarang burung walit mentah bersih (raw clean edible bird’s nest), premis pemprosesan perlu disenaraikan diperingkat KKM dan didaftarkan oleh Certification and Accreditation Administration of the People’s Republic of China (CNCA) melalui Jabatan Perkhidmatan Haiwan (DVS) Malaysia selaku focal point bagi pengeksportan ke China.
Walau bagaimanapun, kelulusan penyenaraian adalah tertakluk kepada kelulusan daripada pihak CNCA berdasarkan keputusan misi pemeriksaan CNCA ke atas premis pemprosesan tersebut. Senarai premis pemprosesan yang diluluskan bagi tujuan pengeksportan sarang burung walit jenis mentah bersih ke China adalah seperti di pautan
Senarai premis eksport yang telah disenaraikan boleh disemak melalui pautan berikut: (BARU 3 Jun 2020) Sarang Burung Walit Mentah ke China
Untuk penerangan lanjut mengenai program penyenaraian eksport sila hubungi:
Bil |
Perkara |
Pegawai |
Maklumat perhubungan |
---|---|---|---|
1. |
Penyenaraian premis pemprosesan Raw EBN ke China |
Puan Suzana binti Mustafa |
Tel: 03-88850797 samb. 4231 E-mel: suzana_mustafa@moh.gov.my |
2. |
Aktiviti pemantauan bagi program penyenaraian Raw EBN ke China |
Puan Harlina binti Salehudin |
Tel: 03-88850797 samb. 4221 E-mel: harlinas@moh.gov.my |