SUSU & HASILAN SUSU KE CHINA

Program penyenaraian premis pemprosesan susu dan hasilan susu merupakan salah satu aktiviti di bawah kawalan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi tujuan pengeksportan susu dan hasilan susu ke China, premis pemprosesan perlu disenaraikan diperingkat nasional melalui competent authority iaitu Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM dan diluluskan oleh General Administration of Customs of the People's Republic of China (GACC). Keperluan ini berkuatkuasa mulai 1 Mei 2014.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di https://fosim.moh.gov.my/fssm/public/home mengikut syarat dan kriteria permohonan yang ditetapkan di dalam Compliance Listing and Verification Protocol for Export of Food Products.

Senarai premis eksport yang telah disenaraikan boleh disemak melalui pautan berikut: 

Susu dan Hasilan Susu ke China: Semak di sini 

Untuk penerangan lanjut mengenai program penyenaraian eksport sila hubungi:

Perkara

Pegawai

Maklumat perhubungan

Penyenaraian premis pemprosesan eksport ke China (susu dan hasilan susu)

En. Cheah Wei Yan

Tel: 03-88850797 samb. 4216

E-mel: cheahyan@moh.gov.my

Keterangan
Specific Export Requirements for Export of Milk and Dairy Products to People's Republic of China

EN