Program penyenaraian premis pemprosesan ikan dan hasilan ikan ke negara pengimport selain Kesatuan Eropah (EU) seperti China, Vietnam dan Amerika Syarikat ( udang dan hasilan udang akuakultur) merupakan salah satu aktiviti di bawah kawalan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi tujuan pengeksportan ikan dan hasilan ikan ke negara tersebut premis pemprosesan dan agen disepanjang rantaian eksport termasuklah trader, middleman dan cold storage perlu disenaraikan diperingkat nasional melalui competent authority iaitu Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM dan diluluskan oleh competent authority negara pengimport.
Permohonan boleh dibuat di ibu pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Putrajaya mengikut syarat dan kriteria permohonan yang ditetapkan di dalam Garis Panduan Compliance Listing and Verification Protocol for Export of Fish and Fishery Products to Countries Other than European Union.
Kronologi tarikh kuatkuasa program penyenaraian premis pemprosesan ikan dan hasilan ikan ke negara pengimport selain Kesatuan Eropah (EU) adalah seperti berikut:
|
: |
Penyenaraian premis eksport ikan dan hasilan ikan ke Vietnam-peringkat nasional dan negara pengimport |
16 Mac 2015 |
: |
Penyenaraian premis eksport ikan dan hasilan ikan ke China-peringkat nasional dan negara pengimport |
16 Jun 2015 |
: |
Penyenaraian premis pemprosesan ikan dan hasilan ikan (udang dan hasilan udang akuakultur sahaja), middleman dan traders ke Amerika Syarikat-peringkat nasional |
Senarai premis eksport yang telah disenaraikan boleh disemak melalui pautan berikut:
1. Ikan dan Hasilan Ikan ke China: Semak disini (Baru 3 Jun 2020)
2. Ikan dan Hasilan Ikan ke Arab Saudi : Semak di sini
3. Ikan dan Hasilan Ikan ke Vietnam: Semak disini
Untuk penerangan lanjut mengenai program penyenaraian eksport sila hubungi:
Perkara |
Pegawai |
Maklumat perhubungan |
---|---|---|
Penyenaraian eksport ke Vietnam dan US |
Puan Noraishah binti Kadir |
Tel: 03-88850797 samb. 4297 E-mel: noraishah@moh.gov.my |
Penyenaraian eksport ke China |
En. Cheah Wei Yan |
Tel: 03-88850797 samb. 4345 E-mel: cheahyan@moh.gov.my |