IKAN & HASILAN IKAN KE KESATUAN EROPAH (EU)

Program penyenaraian premis pemprosesan ikan dan hasilan ikan bagi tujuan pengeskportan ke negara Kesatuan Eropah (EU) merupakan salah satu aktiviti di bawah kawalan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi tujuan pengeksportan ikan dan hasilan ikan ke EU, premis pemprosesan dan fasiliti perikanan di sepanjang rantaian pengeksportan termasuklah kenderaan pengangkutan, sumber ais, sumber bahan mentah import serta sumber semi-processed raw materials perlu diluluskan diperingkat nasional oleh  Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selaku Central Competent Authority (CCA) yang dilantik oleh pihak EU.

Selain itu, fasiliti perikanan lain yang terlibat di sepanjang rantaian pengeksportan ikan dan hasilan ikan juga perlu diluluskan oleh agensi yang berkaitan seperti Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) selaku competent authority yang dilantik. Berikut merupakan senarai fasiliti perikanan yang terlibat disepanjang rantaian pengeksportan ikan dan hasilan ikan ke EU serta agensi yang dilantik selaku CCA dan CA oleh pihak EU.

Bagi tujuan pengeksportan ikan dan hasilan ikan ke EU, semua fasiliti perikanan yang terlibat di sepanjang rantaian pengeluaran mesti diluluskan oleh competent authority tersebut sebelum dibenarkan mengeksport. Dalam hal ini, premis pemprosesan yang disenaraikan diperingkat nasional akan disyorkan untuk kelulusan pihak EU. Nombor kelulusan EU juga akan diberikan kepada premis pemprosesan yang telah diluluskan oleh pihak EU dan senarai premis pemprosesan tersebut boleh disemak melalui laman web EU Third Country Establishments’ Lists

Bagi tujuan kelulusan premis pemprosesan dan lain-lain fasiliti perikanan di bawah tanggungjawab BKKM, permohonan perlu dibuat  dengan menggunakan sistem atas talian iaitu https://fosim.moh.gov.my/fssm/public/home mengikut syarat dan kriteria permohonan yang ditetapkan di dalam Compliance Listing and Verification Protocol for Export of Food Products.

 

Bil

Perkara

Pegawai

Maklumat perhubungan

1.

Penyenaraian fasiliti perikanan bagi tujuan kelulusan eksport ikan dan hasilan ikan ke EU

Puan Suzana binti Mustafa

Tel: 03-88850797 samb. 4230

E-mel: suzana_mustafa@moh.gov.my 

2.

Aktiviti pemantauan bagi program penyenaraian eksport ikan dan hasilan ikan ke EU

Puan Harlina binti Salehudin

Tel: 03-88850797 samb. 4221

E-mel: harlinas@moh.gov.my

Kemaskini: 16 Julai 2021

Keterangan
Specific Export Requirements for Export of Fish and Fishery Products to EU
Perubahan Format Sijil Kesihatan Kesatuan Eropah
Guideline Application of HC FFP EU TRACES NT
EU Import Requirements on Fish and Fishery Products
Actions to be Taken by Competent Authority Following the Occurrence of Red Tide
Standard Operating Procedure For Monitoring Of Capture Fishery Products
Standard Operating Procedure For Monitoring Of Fishery End Products
Standard Operating Procedure For Monitoring Of Water And Ice Used In The European Union Supply Chain
Procedure For Internal And External Audits On Competent Authorities
Standard Operating Procedure For Aquaculture Residue Monitoring Plan
List of EU legislation
Simple Guide to identify the EU Legislation
Keterangan
SPS Notification 13 June 2019.pdf
Reg 2019-624 - Specific Rule Official Control Meat and Bivalve Molusk
Reg 2017-625 - Official Control of Animal Origin

EN