UMUM-PENYENARAIAN PREMIS PEMPROSESAN/PENGEKSPORT

Program penyenaraian premis pemprosesan makanan/ pengeksport merupakan salah satu aktiviti di bawah kawalan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diwujudkan secara bilateral di antara Malaysia dan negara pengimport antaranya seperti Amerika Syarikat, China dan Singapura.

Bagi tujuan pengeksportan makanan ke negara pengimport, pihak premis pemprosesan/pengeksport perlu mengetahui dan mematuhi semua keperluan yang ditetapkan. Program penyenaraian ini merupakan salah satu keperluan negara pengimport dan dalam hal ini, ia hanya melibatkan negara serta komoditi tertentu sahaja.

Permohonan bagi penyenaraian premis pemprosesan makanan/ pengeksport boleh dibuat secara atas talian di https://fosim.moh.gov.my/fssm/public/home mengikut syarat dan kriteria permohonan yang ditetapkan di dalam Compliance Listing and Verification Protocol for Export of Food Products.

Program penyenaraian di bawah kawalan rasmi KKM adalah seperti berikut:

BIL

PENYENARAIAN PREMIS PEMPROSESAN MAKANAN/PENGEKSPORT

NEGARA

PIHAK TERLIBAT

1.

Ikan dan Hasilan Ikan ke Kesatuan Eropah (EU)

Kesatuan Eropah

Premis pemprosesan, kenderaan pengangkutan, sumber ais, stor sejuk beku, sumber bahan mentah import, dan premis bahan mentah separa proses

2.

Ikan dan Hasilan Ikan ke China

China

Premis pemprosesan, cold storage

3.

Ikan dan Hasilan Ikan ke Vietnam

Vietnam

Premis pemprosesan

4.

Udang ke Amerika Syarikat (US)

Amerika Syarikat

Premis pemprosesan, middlemantrader

5.

Susu dan hasilan susu ke China

China

Premis pemprosesan

6.

Raw cleaned edible bird’s nest ke China

China

Premis pemprosesan

7.

 Durian dan produk durian sejuk beku (paste/pulp/ whole durian) ke China

China

Premis pemprosesan

8.

Daging dan hasilan daging ke Vietnam

Vietnam

Premis pemprosesan

9.

Penyenaraian premis makanan Enhanced Regulated Source Programme (ERSP) ke Singapura

Singapura

Premis pemprosesan, trader

10.

Penyenaraian premis makanan di proses minima (Minimally Processed)

Singapura

Premis pemprosesan, trader

11.  Penyenaraian premis makanan bagi hasilan segar (Fresh Produce)  Singapura

Premis pemprosesan, trader

12.  Ikan dan Hasilan Ikan ke Arab Saudi Arab Saudi

Premis pemprosesan

13. Hasilan Tenusu dan Telur Korea Selatan

Premis pemprosesan

Keterangan
Compliance Listing and Verification Protocol for Export of Food Products Effective 1 March 2021 (BARU)
Keterangan
Penyenaraian fasiliti eksport (kemaskini 030919)

EN