Sijil non-GMF merupakan keperluan bagi sesetengah negara pengimport dan perlu merujuk kepada kehendak negara pengimport. Pengeluaran sijil non-GMF dapat memastikan produk makanan tidak mengandungi kandungan genetik terubahsuai dan mematuhi keperluan ditetapkan.
Permohonan bagi sijil non-GMF boleh dibuat di ibu pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Putrajaya mengikut syarat dan kriteria permohonan yang ditetapkan di dalam Garis Panduan Pengeluaran Sijil Eksport Non-Genetically Modified Food (Non-GMF).
Untuk penerangan lanjut mengenai sijil eksport sila hubungi:
Perkara |
Pegawai |
Maklumat perhubungan |
---|---|---|
Permohonan sijil eksport |
Puan Nur Ain binti Zukaflin |
Tel: 03-88850797 samb. 4230 E-mel: ain.zulkaflin@moh.gov.my |