PERMOHONAN SIJIL PENJUALAN BEBAS

Sijil penjualan bebas menjadi keperluan bagi sesetengah negara pengimport termasuk bagi tujuan pendaftaran produk oleh pihak berkuasa di negara pengimport. Ia juga memastikan sesuatu makanan bebas dijual di Malaysia dan mematuhi kehendak Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985. Pengeluaran sijil penjualan bebas dapat memastikan keperluan negara pengimport dipatuhi dan memastikan makanan bebas dijual di Malaysia serta mematuhi kriteria pelabelan yang ditetapkan.

Permohonan bagi sijil penjualan bebas boleh dibuat di Jabatan Kesihatan Negeri/ Pejabat Kesihatan Daerah/ Pejabat Kesihatan Bahagaian/ Pejabat Kesihatan Kawasan mengikut syarat dan kriteria permohonan yang ditetapkan di dalam Garis Panduan Pengeluaran Sijil Eksport Penjualan Bebas Bagi Produk Makanan.

Untuk penerangan lanjut mengenai sijil eksport sila hubungi:

Perkara

Pegawai

Maklumat perhubungan

Permohonan sijil eksport

Puan Nur Ain binti Zukaflin

Tel: 03-88850797 samb. 4230

E-mel: ain.zulkaflin@moh.gov.my

Keterangan
Garis Panduan Pengeluaran Sijil Eksport Penjualan Bebas Bagi Produk Makanan
Keterangan
Borang permohonan bagi Pengeluaran Sijil Eksport Penjualan Bebas Bagi Produk Makanan

EN