Sijil kesihatan merupakan keperluan kepada sesetengah negara pengimport dan perlu merujuk kepada kehendak negara pengimport. Pengeluaran sijil kesihatan dapat memastikan makanan dan bahan bersentuhan makanan mematuhi keperluan ditetapkan sekaligus dapat memastikan keselamatan makanan yang dieksport.
Permohonan bagi sijil kesihatan boleh dibuat menggunakan sistem atas talian iaitu https://fosim.moh.gov.my/fssm/public/home mengikut syarat dan kriteria permohonan yang ditetapkan di dalam Garis Panduan Pengeluaran Sijil Kesihatan Bagi Produk Makanan dan Bahan Bersentuhan Makanan.