Pengeluaran sijil eksport yang ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah bagi memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh negara pengimport. Terdapat tiga jenis sijil eksport yang boleh dimohon dengan KKM iaitu sijil kesihatan bagi produk makanan dan bahan bersentuhan makanan, sijil penjualan bebas bagi produk makanan dan sijil Non-Genetically Modified Food (Non-GMF).
Pengeluaran sijil eksport dapat memberi jaminan bahawa produk makanan yang dieksport dari Malaysia adalah selamat dan ini sekaligus dapat meningkatkan permintaan eksport produk makanan dari pelbagai negara.
Jumlah pengeluaran sijil eksport dari tahun 2015 hingga 2018 adalah seperti berikut:
|
Bilangan sijil yang dikeluarkan/ Tahun |
2015 |
2016 |
2017 |
2018 | |
|---|---|---|---|---|---|
|
a) |
Sijil Kesihatan |
50,183 |
54,893 |
59,736 |
64,709 |
|
b) |
Sijil Penjualan Bebas |
6,482 |
6,274 |
5,771 |
5,933 |
|
c) |
Sijil Non-Genetically Modified |
7 |
187 |
257 |
222 |