SERANTA AWAM ATAS TALIAN

SERANTA AWAM ATAS TALIAN BIL.2/2018 BAGI DRAF PINDAAN PERATURAN-PERATURAN MAKANAN 1985

(TEMPOH SERANTA AWAM 6 OGOS - 6 SEPTEMBER 2018) DILANJUTKAN SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2018

 

YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan dan Puan,

 

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bercadang untuk membuat pindaan ke atas Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

 

Di Malaysia, kawalan ke atas keselamatan dan kualiti makanan terletak di bawah bidang kuasa KKM. Di bawah Akta Makanan 1983, KKM khususnya Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) bertanggungjawab untuk melindungi orang ramai daripada bahayanya daripada segi kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.

 

Cadangan draf pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di Lampiran 1 dan Lampiran 2 adalah berkaitan:

 

  1. Peraturan berkaitan kelulusan bagi penjualan makanan seperti supplemented food, stevia, madu dan madu kelulut,
  2. Standard baru supplemented food;
  3. Standard baru madu kelulut,
  4. Pengemaskinian Jadual Keenam Belas Residu Racun Perosak.

 

* Adalah dimaklumkan bagi draf peraturan baru Approval Sales of Food, terdapat penambahan makanan yang disenaraikan di bawah Schedule XX - Food Requiring Approval. Sehubungan dengan penambahan makanan tersebut, Seranta Awam Atas Talian ini dilanjutkan sehingga 30 September 2018.

 

Selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan pindaan ini dibuat secara telus dan mengambil kira maklumbalas pihak berkepentingan yang berkaitan, adalah menjadi tanggungjawab BKKM, KKM untuk mengadakan seranta awam atas talian ini.

 

Sehubungan itu, sukacita BKKM, KKM menjemput semua pihak berkepentingan yang berkaitan dan mana-mana pihak yang berminat untuk mengambil bahagian dalam proses seranta awam ini dan mengemukakan pandangan serta maklumbalas menggunakan Lampiran A yang disertakan.

 

Terima kasih.

 

PENGARAH KANAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

Semua maklum balas hendaklah dikemukakan ke alamat di bawah melalui surat bertulis secara rasmi / faks / emel sebelum 30 September 2018.

 

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 4, Menara Prisma

No 26, Jalan Persiaran Perdana Presint 3

62675 Putrajaya, MALAYSIA

Tel       : +603-8885 0797  Faks    : +603-8885 0790

E-mel  : perundanganbkkm@moh.gov.my

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Pn. Norrani Eksan (+603- 8885 0797 atau norrani@moh.gov.my )

Puan Maria Afiza Omar (+603- 8885 0797 atau maria.afiza@moh.gov.my)

Cik Norshafawati Rosli (+603- 8885 0797 atau norshafawati@moh.gov.my)

Keterangan
LAMPIRAN A - MAKLUMBALAS SERANTA
LAMPIRAN 1- DRAF PINDAAN SERANTA AWAM BIL 2 2018 SEHINGGA 30 SEP 2018
LAMPIRAN 2 CADANGAN PINDAAN JADUAL KEENAM BELAS
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader

EN