PEMATUHAN DOMESTIK

Berikut adalah fungsi Cawangan Pematuhan Domestik:

  • Merancang, mengkaji dan menyelaras aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta Makanan 1983, Akta Juruanalisis Makanan 2011 dan peraturan-peraturan di bawahnya
  • Menguruskan isu-isu keselamatan makanan di peringkat domestik.
  • Memantau tahap pematuhan kepada standard dan pelabelan bagi makanan domestik
  • Memantau tahap kebersihan premis makanan
  • Merancang menyelaras dan menilai aktiviti penguatkuasaan makanan di peringkat domestik.
  • Menyediakan garis panduan dan prosedur penguatkuasaan domestik

Aktiviti Utama Cawangan Pematuhan Domestik

Aktiviti utama Cawangan Pematuhan Domestik adalah:

Pemeriksaan dan Penutupan Premis Makanan

Pemeriksaan premis makan merupakan satu aktiviti rutin bagi memastikan tahap kebersihan premis berada pada tahap yang baik dan keselamatan makanan terjamin. Sejajar dengan pewartaan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, semua premis makanan diwajibkan mendaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian (http://fosimdomestic.moh.gov.my) atau di mana-mana Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran.

Pensampelan Makanan

Pensampelan Makanan dijalankan bagi memastikan makanan yang disediakan atau dijual di Malaysia adalah selamat dan mematuhi kehendak Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Pensampelan makanan dibahagikan mengikut parameter analisis seperti berikut:

  • Mikrobiologi
  • Kimia
  • Fizikal
  • Bioteknologi
  • Radioaktif

Aktiviti Pendaftaran Premis Makanan

Seperti yang dikehendaki di bawah Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, premis makanan wajib didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Empat (4) kategori pengkelasan adalah seperti berikut:

  • P1- Kilang makanan, premis yang terlibat di dalam
  • P2 – Katering makanan,
  • P3- “Outlet” makanan seperti restoran, gerai, warung, kantin dan sebagainya
  • P4 – Kenderaan yang digunakan untuk menjual makanan sedia dimakan.

Pendaftaran premis makanan tersebut perlu dilakukan oleh pemilik premis melalui aplikasi atas talian yang beralamat di http://fosimdomestic.moh.gov.my/ Tempoh sah bagi sesuatu pendaftaran premis ialah selama tiga tahun dari tarikh ia dikeluarkan. Apabila tamat tempoh, pendaftaran premis perlu diperbaharui bagi membolehkan aktiviti penjualan makanan dijalankan.

Seseorang itu adalah melakukan suatu kesalahan sekiranya gagal untuk memperbaharui pendaftaran premisnya dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 10,000.00 atau penjara selama tidak melebihi dua tahun.

Lain-Lain Aktiviti

  • Pengurusan operasi
  • Pengurusan krisis makanan
  • Arahan Penarikan balik produk makanan yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dari pasaran 
  • Pengurusan Operasi Keselamatan Makanan
  • Penguatkuasaan ke atas label dan iklan makanan yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983
  • Penguatkuasaan Akta Juruanalisis  Makanan 2011, Peraturan-peraturan Juruanalisis Makanan 2013
  • Pendaftaran Premis Makanan
  • Penguatkuasaan bagi kesalahan di bawah Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009) dan Peraturan-Peraturan Makanan  1985 (PPM 1985)

 

Direktori Kakitangan


* Sila tambah @moh.gov.my apabila menghantar emel kepada staf di bawah
Nama/Jawatan
Noraini binti Abdul Wahab
Timbalan Pengarah, PTM
Siti Yuslina binti Yaacob
Pembantu Setiausaha Pejabat
Badruzzaman Abdul Rahim
Ketua Penolong Pengarah, PTM
Raizawanis binti Abd Rahman
Ketua Penolong Pengarah, PTM
Ruba Sundaram a/l Muthusamy
Pegawai Kesihatan Persekitaran, PKP
Nurul Huda binti Aziz
Penolong Pengarah Kanan, PTM
Suraya Hanim binti Kamarudin
Penolong Pengarah Kanan, PTM
Mohd Zamri bin Abdul Hamid
Pegawai Kesihatan Persekitaran, PKP
Saadiah binti Isa
Penolong Pengarah, PKP
Siti Nur Syahirah binti Syed Abu Bakar
Penolong Pengarah, PTM
Muhammad Azhan bin Abdul Majid @ Razi
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Johari bin Zainol
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Alias bin Abdullah
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Mohd Hanafi bin Salleh
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Shahrizan bin Redwan
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Haryati binti Md. Yusof
Pembantu Tadbir (P/O)

EN