KHIDMAT NASIHAT PELABELAN MAKANAN

Pengenalan

Perkhidmatan permohonan Khidmat Nasihat Pelabelan ini ditawarkan kepada industri yang memerlukan khidmat nasihat pelabelan secara pilihan (tidak mandatori).

Khidmat Nasihat Pelabelan diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya pihak industri dapat mengetahui dengan lebih terperinci tentang peruntukan pelabelan makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang perlu dipatuhi pada label produk makanan.

Khidmat Nasihat Pelabelan bertujuan untuk memaklumkan kepada pihak industri mengenai kesalahan secara terperinci pada label makanan.

Pelaksaan Permohonan Khidmat Nasihat Pelabelan Makanan

Permohonan Khidmat Nasihat Pelabelan boleh dipos atau dihantar secara serahan tangan.

Setiap permohonan semakan label perlu dilampirkan  dengan maklumat seperti berikut:

  • Senarai ramuan termasuk air mengikut peratus dan fungsi bagi setiap ramuan
  • Surat pengkelasan produk daripada BPFK (untuk produk Food Drug Interface sahaja)
  • Carta alir pemprosesan, standard makanan produk di negara asal (untuk makanan diimport)
  • Sijil analisis produk, 10 helai label sebenar produk/label yang dicadangkan
  • 1 sampel produk untuk rujukan, sijil jualan bebas daripada negara asal (sekiranya produk diimport dan salinan sijil-sijil jika berkaitan

Caj sebanyak RM 1,000.00 bagi setiap label dikenakan bagi permohonan tersebut dan piagam pelanggan adalah selama 14 hari dari tarikh lengkap permohonan diterima.

Surat maklumbalas akan dikeluarkan kepada pemohon bagi setiap permohonan yang diterima. Surat maklumbalas tersebut akan menyatakan sama ada label produk yang dihantar mematuhi atau tidak mematuhi peruntukan pelabelan makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Perincian kesalahan pelabelan (jika ada) juga akan dinyatakan.

Surat tersebut akan dihantar sama ada melalui pos atau pemohon boleh mengambilnya sendiri di BKKM.

Faedah Permohonan Khidmat Nasihat Label

  • Melalui perkhidmatan ini, pihak industri akan dimaklumkan secara terperinci mengenai kesalahan pelabelan jika ada.
  • Label produk makanan yang telah mendapat kelulusan boleh dijual dengan selamat dipasaran.
  • Pemohon dapat memastikan label produk makanan yang dijual mematuhi semua peruntukan pelabelan makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985

Untuk muat turun borang, sila akses ke halaman Maklumat Pelabelan Makanan di menu Perkhidmatan > Pelabelan Makanan > Maklumat Pelabelan Makanan

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Pn. Nurul Hidayati Mohd Nasir di talian 03-88850797 sambungan 4058 atau emel ke n_hidayati@moh.gov.my
Pn. Nur Liyana Mohd Nizar di talian 03-88850761 atau emel ke nurliyana@moh.gov.my

Keterangan
Borang Permohonan Khidmat Nasihat Pelabelan Makanan
L3. Borang Khidmat Nasihat Pelabelan Makanan_WEBSITE
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader

EN