CODEX KEBANGSAAN

Jawatankuasa Kebangsaan Codex (JKC) 

Malaysia telah menjadi ahli Codex Alimentarius Commission sejak tahun 1971 di mana Institut Standard Malaysia (SIM) telah dilantik sebagai Codex Contact Point (CCP) Malaysia. Pada tahun 1975, Standards Industrial Research Insitute of Malaysia (SIRIM) telah ditubuhkan dan agensi ini telah meneruskan tanggungjawab sebagai CCP Malaysia. Pada 20 Mac 1996, secara rasminya CCP Malaysia telah dipindahkan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pada 1985, Jawatankuasa Kebangsaan Codex (JKC) telah ditubuhkan di mana keahliannya terbuka kepada semua stakeholders keselamatan dan kualiti makanan iaitu agensi kerajaan, akademia, industri, badan berkanun, pertubuhan professional, pihak swasta, konsumer dan badan bukan kerajaan.

Fungsi JKC adalah:

  • Mengkaji semua draf Codex dan standard Codex bagi tujuan pengharmonisasian dengan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dengan memastikan kepentingan perdagangan negara dipelihara serta melindungi pengguna tempatan dari sudut kesihatan dan lain-lain amalan penipuan.
  • Merumuskan pendirian negara berkenaan draf standard Codex dan perkara-perkara lain yang berkaitan Codex Alimentarius Commission dan mengemukakan cadangan kepada Kementerian dan agensi yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.
  • Mewakili kepentingan Malaysia dalam semua perkara berkaitan Codex Alimentarius Commission dan badan-badan subsidiari di bawahnya.
  • Mengesyorkan kehadiran delegasi Malaysia ke mesyuarat-mesyuarat Codex yang berkepentingan kepada negara bagi menyampaikan pendirian negara dan mengemukakan cadangan bagi isu tertentu.
  • Menubuhkan Jawatankuasa Kecil Codex Kebangsaan (JKCK) bagi menyelaras isu-isu Codex Committees.
Keterangan
Senarai Jawatankuasa Kecil Codex Kebangsaan 2017
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader

EN