MKMPK adalah badan penasihat tertinggi negara dalam menangani semua perkara berhubung dengan keselamatan makanan dan pemakanan. Ia juga bertindak untuk memperkukuhkan usaha semua agensi yang terlibat dalam keselamatan makanan dan pemakanan supaya ia boleh meningkatkan national coherence dengan mengambil kira keperluan kepada pendekatan bersepadu, mengurangkan pertindihan tugas yang mengoptimumkan sumber kepakaran yang ada dari kedua-dua sektor awam dan swasta.
Penubuhan MKMPK
MPMPK telah diluluskan penubuhannya oleh Jemaah Menteri pada 21 Mac 2001. Manakala Majlis Majlis Pemakanan Kebangsaan merupakan sebahagian daripada Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000).
Tujuan
Memastikan kesihatan semua rakyat terjamin dengan memperkukuhkan keselamatan makanan di semua peringkat rantaian makanan di negara ini dan memastikan rakyat negara ini mencapai taraf pemakanan yang optimum.
Fungsi
Diantara fungsi MKMPK adalah seperti berikut:
- Menjadi badan penasihat tertinggi kepada Kerajaan dalam segala hal berkaitan keselamatan makanan dan pemakanan;
- Merangka pelan tindakan strategik terhadap aktiviti jangka panjang;
- Mengenalpasti isu utama yang wujud dan membentuk rangkaian jawatankuasa teknikal yang baru untuk menyelaras urusan berkaitan termasuk bagi tujuan pembanunan dan pelaburan.
- Membentuk dan memepertingkatkan kerjasama dan penyelarasan bagi menghadapi cabaran-cabaran baru dalam keselamatan makanan dan pemakanan tempatan, serantau dan antarabangsa.
- Membentuk sistem kawalan keselamatan makanan dan pemakanan yang mantap berlandaskan fakta saintifik dengan menggunakan pengawasan, penguatkuasaan, pemeriksaan, penyelidikan dan pembangunan secara bersepadu. Di samping itu fakta makanan yang berkaitan dengan budaya dan agama juga akan diberi perhatian.
- Membentuk persetujuan kerajaan berhubung dengan dasar keselamatan makanan dan pemakanan di setiap peringkat pengeluaran makanan yang melibatkan pelbagai agensi pusat, negeri, pihak berkuasa tempatan, pengguna dan sektor tertentu termasuk swasta.
Peranan
Memastikan bekalan makanan negara adalah selamat, sihat dan berkualiti Memastikan sokongan kerajaan terhadap kepentingan bidang keselamatan makanan dan pemakanan Memastikan kesejahteraan penduduk dicapai dan dikekalkan melalui pemakanan yang selamat, sihat dan berkualiti untuk membolehkan mereka menyumbang secara berkesan ke arah pembangunan negara Meletakkan Malaysia sebagai negara yang memainkan peranan utama dalam bidang keselamatan makanan dan pemakanan di peringkat serantau dan antarabangsa
Keanggotaan
Pengerusi : YB Menteri Kesihatan
Ketua Sekretariat : Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan
Majlis ini dianggotai oleh 50 orang Ahli Majlis yang terdiri daripada pegawai-pegawai tertinggi dari beberapa agensi kerajaan dan bukan kerajaan seperti berikut :
- 16 Ketua Setiausaha dan 25 orang Ketua Pengarah pelbagai kementerian/agensi
- Peguam Negara
- Setiausaha Tetap Kementerian Permodenan Pertanian Sarawak
- Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah
- Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM)
- Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
- Presiden Institut Teknologi Makanan Malaysia (MIFT)
- Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM)
- Presiden Persatuan Kesihatan Persekitaran Malaysia (MAEH)
- Presiden Institut Kimia Malaysia
Pencapaian MKMPK
MKMPK telah bermesyuarat sebanyak 11 kali. Berikut merupakan mesyuarat-mesyuarat MKMPK yang telah dijalankan :
- MKMPK 1: 5 Februari 2002
- MKMPK 2: 3 September 2002
- MKMPK 3: 14 Julai 2003
- MKMPK 4: 22 Februari 2005
- MKMPK 5: 2 Mac 2006
- MKMPK 6: 10 Disember 2007
- MKMPK 7: 17 Disember 2008
- MKMPK 8: 19 Disember 2009
- MKMPK 9: 8 Disember 2010
- MKMPK 10: 8 Disember 2011
- MKMPK 11: 13 Disember 2012
- MKMPK 12: Mesyuarat dijadualkan pada 11 NOVEMBER 2014
Mesyuarat MKMPK Ke-10 telah bersetuju agar Pelan Tindakan Keselamatan Makanan Kebangsaan 2010-2020 diselaraskan mengikut WHO Western Pacific Regional Food Safety Strategy 2011-2015 dalam memperkukuhkan sistem kawalan makanan kebangsaan dan juga keputusan Jemaah Menteri pada 4 November 2011 di mana Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), KKM adalah Competent Authority bagi keselamatan makanan di sepanjang rantaian bekalan makanan. Sebanyak dua (2) siri bengkel dan tiga (3) siri mesyuarat telah diadakan bagi menyediakan, membincangkan dan meluluskan cadangan inisiatif baru bagi pelan tindakan tersebut. Penyelarasan terhadap Pelan Tindakan sedia ada ini dengan WHO Western Pacific Regional Food Safety Strategy 2011-2015 dan keputusan Jemaah Menteri pada 4 November 2011 sedang dilaksanakan oleh Bahagian ini.
Sebarang pertanyaan, sila e-mel kepada norawahab@moh.gov.my