PLKN

Program Pemeriksaan Sendiri (KENDIRI) Di PLKN

Pendekatan Program KENDIRI dalam mencegah kejadian keracunan makanan di sekolah telah diperluaskan pelaksanaannya di dapur Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun 2010 dan elemen-elemen penilaiannya diubahsuai mengikut kesesuaian dan keadaan premis.

Mekanisma pelaksanaan Program KENDIRI di kem PLKN melibatkan perkongsian tanggungjawab dimana pihak pengusaha kem perlu menjalankan pemeriksaan sendiri terhadap tahap kebersihan premis dan status kebersihan premis dipantau secara terus oleh Timbalan Komandan Pengurusan Kem PLKN dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).
 

Situasi Kejadian Keracunan Makanan di Kem PLKN, 2009 - 2011

Perkara

Tahun

2009

2010

2011

Jumlah keseluruhan episod di seluruh negara

303

311

434

Jumlah episod di kem PLKN

21

13

13

Bilangan PLKN yang beroperasi

80

78

81

Bilangan PLKN mengalami kejadian keracunan makanan

18

13

10

Key Performance Index (KPI) bagi keracunan makanan
(Bil. PLKN mengalami keracunan makanan X 100%) / Bil. PLKN beroperasi

22.5%

16.7%

12.3%

Jadual diatas menunjukkan Situasi Kejadian Keracunan Makanan di Kem PLKN bagi tempoh 2009 hingga 2011. Melalui pelaksanaan Program KENDIRI, kadar keracunan makanan di PLKN telah menunjukkan penurunan sebanyak 4.4% dimana sebanyak 10 (12.3%) daripada 81 buah dapur kompleks sajian kem PLKN telah mengalami kejadian keracunan makanan pada tahun 2011 berbanding 13 (16.7%) daripada 78 buah dapur kem PLKN pada tahun 2010.

Sumber: Laporan Tahunan BKKM, 2011


EN