SEKOLAH

Program Pemeriksaan Sendiri (KENDIRI) di Sekolah

Program Pemeriksaan Sendiri (KENDIRI) di sekolah adalah merupakan salah satu tools bagi menurunkan risiko berlakunya kejadian keracunan makanan di kantin dan dapur asrama. Pelaksanaan program ini akan membantu meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan yang disediakan dan bertindak sebagai first line of defence dalam pencegahan kejadian keracunan makanan. Mekanisma pelaksanaan Program KENDIRI di kantin/dapur asrama sekolah melibatkan perkongsian tanggungjawab dimana pihak kontraktor/ pengusaha perlu menjalankan pemeriksaan sendiri terhadap tahap kebersihan premis dan status kebersihan premis dipantau secara terus oleh pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), KPM dan KKM.
 

Situasi Kejadian Keracunan Makanan di Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009-2011

  Tahun
Perkara 2009 2010 2011
Jumlah keseluruhan episod di seluruh negara 303 311 434
Jumlah episod di sekolah
Bilangan sekolah sedia ada
153
9883
157
9943
146
9996
Bilangan sekolah yang mengalami kejadian keracunan makanan 153 157 135
Key Performance Index (KPI) bagi keracunan makanan
(Bil. sekolah mengalami keracunan makanan / Bil. sekolah sedia ada) x 100%
1.6% 1.6% 1.4%

 

Jadual diatas menunjukkan Situasi Kejadian Keracunan Makanan di Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia bagi tempoh 2009 hingga 2011. Melalui pelaksanaan Program KENDIRI, kadar keracunan makanan di sekolah telah menunjukkan penurunan sebanyak 14%, dimana sebanyak 135 episod keracunan makanan berlaku pada tahun 2011 berbanding dengan 157 kejadian pada tahun 2010.



Sumber: Laporan Tahunan BKKM, 2011


EN