GARIS PANDUAN BERDASARKAN HACCP

Pengenalan

Analisa punca kejadian keracunan makanan pada kebiasaannya dibuat dengan melihat keputusan ujian makmal ke atas sampel makanan yang disyaki tercemar dan simtom yang dialami mangsa kes keracunan makanan. Proses ini mengambil masa yang agak lama kerana menunggu ujian makmal. Walau bagaimanapun, analisis proses penyediaan makanan boleh juga dilakukan bagi mendapatkan satu hipotesis punca kejadian keracunan makanan. Oleh yang demikian, kaedah penyiasatan punca kejadian keracunan makanan menggunakan konsep HACCP adalah digunapakai bagi analisis tersebut. Sistem HACCP merupakan satu sistem pengurusan yang boleh digunakan bagi mengelakkan bahaya dari segi keselamatan makanan. Sistem HACCP bersifat proaktif (bertindak terlebih dahulu sebelum berlaku bahaya – prospektif). Garispanduan ini menerangkan maklumat yang perlu diperolehi oleh PKP/PPKP/PTM dalam penyiasatan kejadian keracunan makanan. Faktor risiko akan dikenalpasti dengan menggunakan konsep HACCP, di semua peringkat penyediaan makanan sehingga menghidang. Garispanduan ini merupakan dokumen pelengkap kepada Garispanduan Pengurusan Keracunan Makanan di Malaysia Jilid 4 para 6.4(c)

Objektif

Garispanduan ini disediakan untuk memberi panduan kepada Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP), Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) dan Pegawai Teknologi Makanan (PTM) dalam menjalankan penyiasatan bagi mengenalpasti punca kejadian keracunan makanan berdasarkan konsep HACCP.

Skop

Garispanduan ini digunapakai bagi penyiasatan semua episod keracunan makanan yang berlaku di semua premis makanan termasuk kantin sekolah, dapur asrama dan dapur PLKN.

Keterangan
GARIS PANDUAN PENYIASATAN KERACUNAN MAKANAN BERDASARKAN KONSEP HACCP.pdf
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader

EN