AIS

Garis Panduan Permohonan Lesen Penyediaan Ais Bagi Maksud Perdagangan Atau Perniagaan

Garis Panduan ini merupakan pemudahcara kepada pengusaha untuk membuat permohonan lesen ais.

Garis panduan ini terbahagi kepada dua Bahagian iaitu:

  • Bahagian 1: Panduan Permohonan
  • Bahagian 2: Keperluan Spesifik Premis yang mengandungi 2 komponen iaitu:
    • Komponen 1 : Keperluan Am
    • Komponen 2 : Kawalan Operasi

Garis Panduan Khusus Penyediaan Ais Blok Bagi Maksud Perdagangan Atau Perniagaan

Garis Panduan ini merupakan pemudahcara kepada pengusaha industri ais blok bagi memenuhi keperluan pelesenan yang ditetapkan.

Garis panduan ini terbahagi kepada tiga (3) Bahagian iaitu:

  • Bahagian 1: Panduan Permohonan
  • Bahagian 2: Keperluan Spesifik Premis yang mengandungi 2 komponen iaitu:
    • Komponen 1 : Keperluan Am
    • Komponen 2 : Kawalan Operasi
  • Bahagian 3: Contoh Manual Jaminan Keselamatan Ais Blok

Contoh Manual Kawalan Keselamatan Ais

Contoh manual ini merupakan panduan kepada pemohon untuk membangunkan manual kawalan keselamatan ais.

Permohonan Melalui Sistem Atas Talian (Online)

Pemohon lesen Penyediaan Ais perlu mendaftar di laman web FoSIM, https://fosim.moh.gov.my untuk mendapatkan ID pengguna bagi membuat permohonan lesen ais. Pemohon hendaklah membuat pendaftaran premis dibawah kategori P1: Premis makanan yang terlibat dalam pengilangan makanan di dalam sistem FoSIM.

Pemohon boleh merujuk Manual Pengguna di dalam sistem FoSIM untuk membuat permohonan secara atas talian (online).

Keterangan
Senarai Pemegang Lesen Ais (sah sehingga 31 Mac 2021)
Keterangan
Jadual Pensampelan Bagi Pelesenan Ais
Senarai Makmal Swasta Bagi Penghantaran Sampel (sehingga 2 Jun 2023)
Garis Panduan Permohonan Lesen Penyediaan Ais (Rev Ogos 2021)
Lampiran 2 - Carta Alir Permohonan (EDISI 2021).doc
Contoh Manual Kawalan Keselamatan Ais
Keterangan
Garis Panduan Khusus Penyediaan Ais Blok

EN