AIR MINUMAN BERBUNGKUS (AMB) & AIR MINERAL SEMULAJADI (AMS)

Garis Panduan Permohonan Lesen Untuk Mengambil Air Minuman Berbungkus (AMB) dan Air Mineral Semulajadi (AMS) Bagi Maksud Perdagangan Atau Perniagaan

Garis Panduan ini merupakan panduan kepada pengusaha untuk membuat permohonan lesen punca AMB & AMS.

Prosedur Semakan Label Air Minuman Berbungkus dan Air Mineral Semulajadi

Pengusaha air minuman berbungkus (AMB) dan air mineral semulajadi (AMS) bertanggungjawab dalam memastikan label produk AMB dan AMS mematuhi keperluan perundangan dalam aspek pelabelan seperti yang ditetapkan.

Bagi tujuan tersebut, terdapat dua (2) jenis kelulusan label AMB dan AMS iaitu:

  • Kelulusan ke atas label yang dimohon semasa permohonan lesen AMB/AMS.
  • Kelulusan ke atas penambahan label jenama baru atau perubahan label yang dimohon selepas mendapat kelulusan lesen AMB/AMS.

Contoh Manual Kawalan Keselamatan Air Minuman Berbungkus / Air Mineral Semulajadi (AMB/AMS):
Contoh manual ini merupakan panduan kepada pemohon untuk membangunkan manual kawalan keselamatan AMB/AMS.

Permohonan Melalui Sistem Atas Talian (Online):
Pemohon Lesen AMB/AMS perlu mendaftar di laman web FoSIM (http://fosim.moh.gov.my) untuk mendapatkan ID pengguna bagi membuat permohonan lesen. Pemohon hendaklah membuat pendaftaran premis dibawah kategori P1: Premis makanan yang terlibat dalam pengilangan makanan di dalam sistem FoSIM Domestik. 

Pemohon boleh merujuk Manual Penggunaan di dalam sistem FoSIM untuk membuat permohonan secara atas talian (online).

Pemantauan Sendiri

Bermula 15 Mac 2021, semua syarikat akan menerima notifikasi untuk menjalankan pemantauan sendiri sebagai syarat pemegang lesen melalui sistem FoSIM. Pihak syarikat dikehendaki sentiasa mengemaskini semua data pemantauan sendiri di dalam sistem FoSIM.

 

Keterangan
Semakan Label AMB/AMS Bagi Tujuan Permohonan Lesen
Senarai Semak Label AMB/AMS
Keterangan
Senarai Makmal Swasta Bagi Penghantaran Sampel (sehingga 2 Jun 2023)
Garis Panduan Permohonan Lesen AMB/AMS (Tempatan) Edisi September 2021
Garis Panduan Permohonan Lesen AMB/AMS (Import) Edisi September 2021

EN