FOOD DEFENSE

Skim Pensijilan Food Defense

Pada 10 Mei 2016, Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (PKKM, KKM) telah mengadakan  Seminar dan Majlis Memperkenalkan Skim Pensijilan Food Defense di Presint 2, Putrajaya.

Objektif utama seminar ini dianjurkan adalah untuk memperkenalkan skim pensijilan baru di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Skim Pensijilan Food Defense.  Skim tersebut ditawarkan kepada semua pengeluar produk makanan di Negara ini samada bagi tujuan eksport mahupun pasaran tempatan.  Skim ini diharap dapat memenuhi keperluan eksport ke Amerika Syarikat (USA) dan juga meningkatkan jaminan keselamatan produk makanan yang dihasilkan.

Bersempena majlis tersebut, logo bagi Skim Pensijilan Food Defense turut dilancarkanLogo ini boleh dicetak di label produk makanan syarikat yang memenuhi keperluan pensijilan dan mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan.

Industri yang mempunyai pertanyaan dan cadangan boleh berhubung dengan pegawai berkenaan di talian 03-8885 0797.

Untuk maklumat lanjut, muat turun Garis Panduan Pensijilan Food Defense di bawah:

Keterangan
Food Defense Certification Guidelines.pdf
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader

EN