ORGANIK

Pengenalan

  • Skim Pensijilan Makanan Organik adalah satu pengiktirafan, diberikan kepada makanan organik tertentu yang telah memenuhi kriteria pensijilan makanan organik.
  • Skim ini akan memastikan makanan organik yang dihasilkan adalah selamat dan integriti makanan organik dikekalkan di sepanjang rantaian makanan organik.
  • Permohonan pensijilan ini adalah terbuka kepada semua pengusaha makanan yang terlibat dalam pemprosesan makanan organik.

Keperluan Perundangan

Memenuhi keperluan perundangan di bawah Peraturan 18(7) dan Peraturan 18 (1A), Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Kelebihan Pensijilan Makanan Organik

  • Mematuhi keperluan pelabelan organik di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
  • Mengesahkan (verify) kilang makanan yang menghasilkan makanan organik telah melaksanakan kawalan pemprosesan makanan organik yang memenuhi kriteria pensijilan makanan organik.
  • Mempamerkan logo makanan organik, KKM pada label makanan organik yang telah mendapat pengiktirafan di bawah skim ini.
  • Memberi nilai tambah kepada makanan organik dengan logo makanan organik dari KKM.
  • Meningkatkan keyakinan pengguna dan membantu pengguna membuat pilihan melalui logo organik yang dipamer di pembungkusan produk makanan.

Bayaran Pensijilan Skim Pensijilan Makanan Organik Malaysia

Jenis Permohonan Fi Proses (RM) Fi Pensijilan (RM) Jumlah (RM)
Permohonan Baru 130.00 2,400.00 2,530.00
Permohonan Pembaharuan 1,600.00 1,600.00

Nota:

Bilangan produk yang boleh dimasukkan dalam satu permohonan boleh dikategorikan seperti di bawah:

  • Satu produk dari satu jenis proses atau;
  • Satu produk dari 3 jenis proses (maksimum) dengan variasi proses yang minima atau;
  • Maksimum 6 produk dari proses yang sama atau;
  • Maksimum 3 produk per proses daripada 2 proses yang berlainan dengan variasi proses yang minima.

Kriteria penentuan bilangan produk dan jenis proses yang boleh dimasukkan dalam satu permohonan adalah bergantung kepada kategori risiko produk dan jenis proses. Kategori ini akan ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Keterangan
Garis Panduan Skim Pensijilan Makanan Organik
Senarai Pemegang Sijil Makanan Organik (sehingga 31 Mac 2023)
B01 Borang Permohonan Skim Pensijilan Makanan Organik Malaysia
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader

EN