GARIS PANDUAN MASS KATERING

Pengenalan

  • Peraturan – Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009) telah diwartakan pada 28 Februari 2009. Peraturan – Peraturan ini mengkehendaki semua pengusaha makanan katering mematuhi peraturan yang ditetapkan.
  • Garis Panduan ini membantu pengusaha makanan mass katering meningkatkan sistem yang sedia ada dari segi jaminan keselamatan makanan dan melindungi orang ramai terhadap bahaya pencemaran semasa pengendalian makanan, pengangkutan dan pengedaran makanan.
  • Pengusaha Makanan Mass Katering termasuk pengusaha kantin dan dapur asrama (sekolah, institusi pengajian), dapur hospital, dapur pusat rawatan harian, dapur pusat penjara / serenti dan mana-mana perkhidmatan makanan yang melibatkan golongan besar konsumer. Golongan ini dihidangkan dengan menu yang sama dan terhad.
  • Walaubagaimanapun, Garis Panduan ini juga boleh digunakan sebagai panduan oleh industri katering, katering-kontrak, hotel, restoran, kantin / kafetaria (kilang, institusi pekerjaan) dan mana-mana industri perkhidmatan makanan yang berkaitan.

Objektif

  • Garis Panduan ini telah dikaji dan dihasilkan semula berdasarkan kehendak – kehendak Peraturan–Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009) sebagai panduan dan rujukan kepada pengusaha makanan mass katering supaya mematuhi kehendak PPKM 2009 dalam pengendalian, penyimpanan dan penghantaran makanan supaya selamat dan terjamin kebersihannya.
  • Keperluan penghasilan Garis Panduan ini berdasarkan beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian :
    • Data epidemiologi menunjukkan kebanyakan kes keracunan berpunca dari makanan yang dimasak melalui mass katering.
    • Makanan yang dimasak dalam skala yang besar mempunyai risiko cemaran yang tinggi disebabkan cara pengendalian dan penyimpanan makanan.
    • Makanan dihasilkan melalui mass katering akan memberi risiko yang tinggi kepada kanak-kanak, orang tua, pesakit di hospital terutama sekali yang mempunyai mempunyai imuniti yang rendah jika kawalan keselamatan tidak diberi keutamaan sepenuhnya.

Kaedah Menggunakan Garis Panduan

  • Garis panduan Mass Katering berfungsi sebagai panduan dalam pelaksanaan Program Jaminan Keselamatan Makanan bagi premis perkhidmatan makanan.
  • Senarai semak yang terkandung dalam garis panduan ini dan rekod-rekod yang berkaitan boleh digunakan sebagai dokumentasi

Definisi

Mass katering - Penyediaan, penyimpanan dan / atau penghantaran dan perkhidmatan makanan kepada sejumlah bilangan besar pengguna.

Katering - Penyediaan, penyimpanan dan penghantaran makanan untuk diambil oleh pengguna di suatu tempat yang disediakan.

Dapur - Ruang masak, bilik masak, tempat masak.

Restoran - Kedai tempat makanan dan minuman dijual; kedai makan.

Kafetaria - Terdiri daripada:

  • Restoran yang pelanggan-pelanggannya mengambil makanan atau minuman sendiri di kaunter.
  • Restoran yang pelanggan-pelanggannya mengambil makanan atau minuman sendiri dan membayarnya sebelum makan.
  • Restoran layan diri.
     

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun Garis Panduan Mass Catering di bawah:

Keterangan
Garis Panduan Mass Catering
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader

EN