HACCP

Pengenalan

Pengiktirafan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) diwujudkan bagi memberi pengiktirafan rasmi kepada industri yang  mencapai mengamalkan elemen-elemen HACCP sekaligus memenuhi kehendak-kehendak keselamatan makanan dan kehendak pengguna. Bermula pada 19 April 2001, Skim Pensijilan HACCP telah dilancarkan secara rasmi dan objektif  Skim ini adalah untuk memberikan pengiktirafan rasmi kepada premis makanan yang berjaya mengamalkan dan mengekalkan system HACCP bagi produk makanan mereka.

Skop

Permohonan untuk mendapatkan sijil ini adalah terbuka kepada semua jenis pengusaha premis makanan yang terlibat dalam pengilangan makanan. Pemohon hendaklah melaksana dan mengamalkan semua elemen HACCP dan Pre-requisite Program (PRP) yang terkandung di dalam Malaysian Standard 1480:2007 dan Malaysian Standard MS 1514:2009. Proses pensijilan melibatkan audit kecukupan, pematuhan dan pemantauan oleh juruaudit yang dilantik oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).

Objektif

  • Untuk memastikan makanan yang dihasilkan adalah selamat.
  • Untuk memenuhi kehendak Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat bagi pengeksportan keluaran ikan dan hasilan ikan.
  • Untuk menyediakan satu sistem keselamatan makanan di negara ini, memandangkan Sistem HACCP ini akan menjadi satu keperluan pengeksportan makanan seluruh dunia.

Faedah

  • Mendapat keutamaan dalam permohonan Sijil Kesihatan bagi tujuan eksport dengan memendekkan tempoh pengeluaran sijil kepada tiga (3) hari berbanding 21 hari bagi industri yang tidak mendapat pengiktirafan HACCP KKM.
  • Logo HACCP KKM boleh digunakan pada produk yang telah mendapat pengiktirafan.
  • Salah satu keperluan dalam mendapatkan No.EU bagi tujuan pengeksportan ke EU.
  • Dipermudahkan dalam mendapatkan sijil eksport seperti Sijil Penjualan Bebas, Sijil GMO, Heat Process Meat Certificate dan lain-lain.
  • Menguatkan dan sokongan kepada sistem jaminan kualiti yang lain seperti ISO dan HALAL.
  • Dapat bersaing dengan negara-negara lain dalam pasaran makanan global.

Syarat Permohonan

Syarat Umum:

  1. Premis perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui website http://fosimdomestic.moh.gov.my
  2. Premis perlu berlesen dengan Pihak Berkuasa Tempatan
  3. Premis perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  4. Sistem HACCP dan PRP/GMP perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum permohonan.
  5. Premis makanan perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan di Malaysia.

Syarat Khusus:

  1. Sistem HACCP perlu dibangunkan berdasarkan kepada Malaysian Standard 1480:(Latest Revision).
  2. Sistem PRP / GMP perlu dilaksanakan dan didokumenkan berdasarkan kepada Malaysian Standard 1514:(Latest Revision).
  3. Manual HACCP perlu didokumenkan dan mengandungi dokumen minima seperti berikut :
  • Profil Syarikat
  • Carta organisasi
  • Dasar pengurusan keselamatan makanan
  • Susun atur premis
  • Pasukan & Tanggungjawab HACCP
  • Skop Pelan HACCP
  • Objektif Keselamatan Makanan
  • Penerangan Produk & Pengguna yang disasarkan
  • Carta aliran proses
  • Lembaran Kerja Analisis Bahaya
  • Ringkasan Pelan HACCP
  • Aktiviti & Jadual Pengesahan Keseluruhan
  • Ringkasan Program Pra-syarat

Manual tersebut perlu ditandatangani oleh pengurusan tertinggi yang mempunyai kuasa Eksekutif.

Kos Pensijilan HACCP dan Kos Perjalanan Juruaudit

Terdapat dua (2) kos yang akan dikenakan kepada premis bagi pensijilan HACCP KKM iaitu kos pensijilan HACCP dan kos perjalanan Juruaudit.

Jadual 1 : Kos Pensijilan HACCP

Perkara

IB (RM)

IKS (RM)

Permohonan Baru*

5,400.00

4,000.00

Pembaharuan

4,000.00

3,000.00

Pensijilan untuk penambahan produk dari syarikat yang diiktiraf (berasingan)*

2,750.00

2,550.00

Surveilan

1,800.00

1,800.00

 
Definisi:
 
  • Industri Besar (IB): Mempunyai >150 pekerja sepenuh masa dengan jualan tahunan adalah RM25 juta dan ke atas.
  • Industri Kecil dan Sederhana (IKS): Mempunyai kurang dari 150 pekerja sepenuh masa dengan jualan tahunan adalah kurang dari RM25 juta
  • Sebutharga kos pensijilan HACCP akan dikeluarkan kepada premis setelah permohonan lengkap diterima.
  • Bayaran perlu dibuat di atas nama “KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA”. Semua pembayaran perlu dilakukan dalam bentuk BANK DRAF sahaja. Cek syarikat / cek peribadi tidak akan diterima.
  • Bahagian akan mengeluarkan resit rasmi kepada pihak premis setelah bayaran diterima.
  • Bayaran bagi pensijilan HACCP tidak boleh dikembalikan semula dalam apa-apa keadaan.

Nota:

  • Tambang perjalanan udara, kudapan, penginapan, perbatuan dan kos-kos lain yang ditanggung oleh pengaudit termasuk pengauditan susulan di premis adalah dikecualikan dari kos Pensijilan HACCP dan akan ditanggung oleh syarikat

Kos Perjalanan Juruaudit

Bermula 1 Januari 2015, kos perjalanan Juruaudit akan dikenakan kepada premis semasa membuat PERMOHONAN BARU HACCP dan PERMOHONAN TAMBAH PRODUK HACCP sahaja. Permohonan pembaharuan adalah dikecualikan.

 

  • Kos perjalanan Juruaudit adalah meliputi segala kos yang terlibat semasa menjalankan audit termasuk tiket kapal terbang, penginapan, elaun dan sebagainya.
  • Sebutharga kos perjalanan Juruaudit akan dikeluarkan kepada premis setelah permohonan lengkap diterima.
  • Sebutharga tersebut disediakan mengikut kelayakan Juruaudit dengan merujuk kepada Pekeliling Bil 3/2003 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.
  • Bayaran kos tersebut adalah dalam bentuk sumbangan ke dalam akaun amanah yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Akaun Amanah Penilaian , Pengiktirafan Akreditasi dan Pemeriksaan Amalan perkilangan baik [Kod Akaun Amanah 886341(Kod Kecil 4005)].
  • Bayaran perlu dibuat di atas nama “KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA”. dalam bentuk BANK DRAF sahaja. Cek syarikat /Cek peribadi tidak akan diterima.
  • Kos perjalanan Juruaudit akan dibayar menggunakan sumbangan di dalam Akaun Amanah yang diterima dari premis.
  • Bayaran bagi kos pensijilan HACCP dan kos perjalanan Juruaudit perlu dihantar secara SERENTAK menggunakan BANK DRAF YANG BERASINGAN.
  • Bank draf akan dikembalikan semula jika didapati kedua-dua bayaran tersebut menggunakan bank draf yang sama.
  • Bayaran tersebut perlu dibuat dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh sebutharga dikeluarkan kepada premis.
  • Bayaran tersebut perlu dihantar kepada alamat di bawah :
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 4, Menara Prisma
No. 26, Jalan Persiaran Perdana, Presint 3,
62675 Putrajaya
(u.p : Cawangan Pre-market Approval)

Proses Permohonan

Premis perlu membuat permohonan HACCP secara atas talian melalui laman web http://fosimdomestic.moh.gov.my

Sila muat turun manual di bawah untuk mengetahui cara-cara membuat permohonan.

Carta Alir Proses Kerja

Sila muat turun carta alir di bawah untuk mengetahui cara-cara membuat permohonan.

Cara Membuat Semakan Status Online

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun Manual Semakan Status Permohonan Pensijilan HACCP KKM di bawah.

Tempoh Sah Laku

Tempoh sah laku pensijilan HACCP adalah selama tiga (3) tahun. Audit pengawasan akan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sekurang-kurangnya satu (1) tahun sekali ke atas premis terbabit.

Pembaharuan Sijil HACCP

Permohonan pembaharuan pensijilan HACCP perlu dilakukan seawal enam (6) bulan sebelum tarikh tamat tempoh sijil.

Permohonan Tambah Produk Bagi Premis Pemegang Pensijilan HACCP KKM

Premis pemegang sijil HACCP KKM perlu membuat permohonan tambah produk HACCP jika ingin menambah produk baru ke dalam sijil HACCP melalui laman web http://fosimdomestic.moh.gov.my

Permohonan Pensijilan Good Manufacturing Practice (GMP) KKM Bagi Premis Pemegang Sijil HACCP KKM

Pemegang sijil HACCP KKM yang ingin mendapatkan pensijilan GMP KKM hanya perlu membuat permohonan GMP secara atas talian melalui laman web http://fosimdomestic.moh.gov.my. Sijil GMP akan diberikan secara fast-track tanpa perlu menjalankan audit dan tiada bayaran akan dikenakan ke atas premis.

Walau bagaimanapun, ianya tertakluk kepada prestasi semasa sistem HACCP dan GMP yang dilaksanakan oleh premis dan juga berdasarkan kepada laporan audit pengawasan yang dijalankan dari semasa ke semasa.

Keterangan
HACCP Certification Cost
Manual permohonan baru HACCP
Manual permohonan pembaharuan HACCP
Manual permohonan tambah produk HACCP
New Application Flow Chart / Add Product of HACCP
HACCP renewal application flow chart
HACCP surveillance audit flow chart
Manual Semakan Status Permohonan Pensijilan HACCP KKM
GMP certification application flow chart for HACCP MOH certificate holder's premises
Checklist For HACCP New Application & Added Product
Checklist for HACCP Renewal Application
Senarai Syarikat yang Mendapat Pensijilan HACCP dari KKM
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader

EN