MESTI

Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 mewajibkan setiap empunya dan penghuni premis pengilangan makanan hendaklah menyediakan dan mengadakan satu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM). PJKM merupakan satu sistem amalan terancang yang didokumenkan dan memberi jaminan bahawa mana-mana jenis makanan tertentu tidak akan memudaratkan pengguna apabila dimakan. Antara PJKM yang telah diperkenalkan kepada premis yang terlibat dalam pengilangan makanan adalah seperti Good Manufacturing Practice (GMP), Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), ISO 22000 dan sebagainya.

Walaubagaimana pun, PJKM sedia ada agak sukar untuk diperolehi oleh premis pengilangan makanan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan suatu skim yang mudah untuk diperolehi dan memenuhi keperluan minima yang diperuntukkan di dalam PPKM 2009 iaitu Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). Skim Pensijilan MeSTI adalah satu skim yang dijenamakan semula bagi menggantikan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M). Melalui pensijilan MeSTI, premis pengilangan makanan akan dibimbing dalam membangun dan melaksanakan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) sebelum pengiktirafan diberikan.


Muat turun maklumat lanjut berkenaan MeSTI di bawah:

Keterangan
Senarai Pemegang Sijil MeSTI (Status Kemaskini: 30 Ogos 2018)
Garis Panduan (Versi English) Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)
Garis Panduan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Edisi 2016
Borang Permohonan MeSTI
Senarai Semak Permohonan MeSTI
Senarai Semak Elemen
Spesifikasi Logo MeSTI
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader

EN