TRUST MYCATERING

Pensijilan Trust MyCatering merupakan satu mekanisma kawalan keselamatan makanan yang komprehensif bagi industri katering untuk memastikan pematuhan kepada keperluan keselamatan dan kualiti makanan. Ini adalah bagi menangani isu keracunan makanan melibatkan industri katering secara lebih proaktif. 

Pensijilan ini juga merupakan satu bentuk pengiktirafan kepada pengusaha katering yang komited dalam menghasilkan makanan yang selamat. Bimbingan secara berterusan akan diberikan kepada pengusaha catering yang memohon pensijilan ini. 

Pensijilan Trust MyCatering diwujudkan bagi mengiktiraf pengusaha katering yang menyumbang kepada perkembangan industri makanan negara serta mewujudkan persaingan sihat untuk industri katering makanan menghasilkan makanan yang selamat. Permohonan untuk mendapatkan pensijilan ini adalah terbuka kepada semua jenis pengusaha katering makanan mengikut kategori berikut iaitu skala kecil dan sederhana serta mass katering:
 

Kategori
Bilangan Pekerja
Skala Tempahan
Kecil
<10 orang
<100 pax
Sederhana
11-20 orang
<500 pax
Mass
>20 orang
>500 pax


Pensijilan ini akan dijadikan jenama nasional dan diangkat menjadi satu trend di kalangan industri dan pengguna sekaligus melonjakkan permintaan terhadap makanan yang selamat di dalam industri ini. Melalui pensijilan ini, promosi dan peluang kebolehpasaran produk makanan katering dapat ditingkatkan.

Dalam pada itu Garis Panduan Trust myCatering disediakan bagi membantu pengusaha katering makanan meningkatkan tahap keselamatan makanan yang sedia ada atau baru dilaksanakan serta meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap makanan yang dihasilkan dan mengelakkan kejadian keracunan makanan.

Keterangan
Senarai Pemegang Sijil Trust MyCatering (sehingga 31 Mei 2023)
Garis Panduan Trust MyCatering Skala Besar (Mass Catering)
Garis Panduan Trust MyCatering Skala Kecil dan Sederhana
Senarai Semak Borang Permohonan Pensijilan Trust MyCatering
Borang Permohonan Pensijilan Trust MyCatering
Senarai Semak Keselamatan Makanan (Katering Kecil dan Sederhana) - Untuk diisi oleh pihak katerer
Senarai Semak Keselamatan Makanan (Mass Katering) - Untuk diisi oleh pihak katerer
Manual Program Jaminan Keselamatan Makanan Pensijilan Trust MyCatering (Mass Katering)
Rekod Kepuasan Pelanggan
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader

EN