SENARAI MAKMAL SWASTA UNTUK PENGELUARAN SIJIL KESIHATAN BAGI TUJUAN PENGEKSPORTAN

Berikut adalah senarai makmal-makmal swasta yang diktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menjalankan analisis makanan untuk PENGELUARAN SIJIL KESIHATAN bagi TUJUAN PENGEKSPORTAN sebagai panduan kepada pihak industri makanan.

Sila ambil perhatian, senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Bagi mendapatkan paparan penuh skop perkhidmatan analisis makmal swasta yang diiktiraf oleh KKM, sila semak melalui Direktori makmal yang diakredit mengikut No SAMM yang dipaparkan di laman web Jabatan Standard Malaysia.

Nota:

  • Makmal swasta perlu memohon untuk mendapatkan pengiktirafan KKM.
  • Permohonan baru juga perlu dibuat untuk melanjutkan pengiktirafan KKM jika telah tamat tempoh sah laku.
  • Tempoh sah laku pengiktirafan adalah berdasarkan tempoh sah laku Sijil Akreditasi ISO/IEC 17025 semasa pengiktirafan diberikan.
  • Pengiktirafan adalah terbatal secara automatik setelah tempoh sah laku Sijil Akreditasi ISO/IEC 17025 tamat.
  • Hanya makmal yang masih sah pengiktirafan disenaraikan di laman sesawang.
  • Manakala makmal yang telah tamat tempoh pengiktirafan akan dikeluarkan dari senarai sehingga pelanjutan pengiktirafan diberikan oleh KKM
Keterangan
SENARAI MAKMAL SWASTA DIIKTIRAF KKM UNTUK PERKHIDMATAN ANALISIS MAKANAN UNTUK PENGELUARAN SIJIL KESIHATAN BAGI TUJUAN PENGEKSPORTAN UPDATED 30082019.pdf
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader

EN