Adalah dimaklumkan sistem FoSIM telah boleh diakses semula. Walau bagaimanapun, pihak KKM masih melaksanakan penyelenggaraan sistem secara berperingkat. Sekiranya pengguna menghadapi masalah teknikal semasa melayari sistem, sila adukan ke E-Aduan atau emelkan kepada sdfosim@moh.gov.my. Pihak kami sedia membantu.
Mohon maaf di atas kesulitan ini. Terima kasih di atas kesabaran.
Untuk makluman, sistem FoSIM sedang dalam tempoh penyelenggaraan dan tidak dapat dicapai dengan sempurna. Sehubungan itu, aktiviti berkaitan pendaftaran premis makanan, pelaksanaan modul pensijilan dan pengiktirafan (HACCP, MeSTI, GMP, BeSS), permohonan pelabelan, permohonan penyenaraian eksport, semua aktiviti pelesenan (MJA, AIS, AMB, AMS), pendaftaran & pembayaran kursus IFSTC, Pengiktirafan Tenaga Pengajar & Akreditasi SLPM dan lain-lain perkhidmatan PKKM diberhentikan buat sementara waktu sehingga dimaklumkan kelak.
Pemakluman mengenainya akan dibuat dari semasa ke semasa melalui portal fsq.moh.gov.my
Sila rujuk JKN/PKD terdekat untuk maklumat lanjut atau hubungi helpdesk FOSIM di talian 03-88850797.
Kesabaran anda amat kami hargai. Terima kasih
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Untuk makluman, Sistem FOSIM telah boleh beroperasi seperti biasa.
Jika Tuan/Puan mengalami sebarang masalah aplikasi, sila kemukakan aduan melalui email, E-aduan atau hubungi HELPDESK.
Emel:sdfosim@moh.gov.my
No Tel : 03-88850796
No Tel : 03-88850797
Harap maklum dan terima kasih.
Adalah dimaklumkan bahawa Sistem FoSIM tidak boleh diakses pada 3 Januari 2023 jam 08.00 malam sehingga jam 10.00 malam bagi kerja-kerja penyelenggaraan.
Sekian, harap maklum
Tempoh peralihan bagi penggunaan MS 1514:2022 ialah selama dua (2) tahun mulai 13 Julai 2022 sehingga 12 Julai 2024. Tempoh peralihan ini diberi bagi membolehkan pihak industri membuat persediaan yang sewajarnya sebelum penggunaan MS ini dikuatkuasakan.
Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) telah merancang untuk mengkaji semula secara holistik dan sistematik semua peraturan di bawah Akta Makanan 1983 bagi peraturan standard komoditi di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
BAGI TAHUN 2023, pihak PKKM akan membuka cadangan pindaan bagi kumpulan komoditi makanan berikut:
i) Teh, Kopi, Cikori Dan Hasil Yang Berkaitan
ii) Kekeras Dan Hasil Kekeras
iii) Sayur-Sayuran Dan Hasil Sayur-Sayuran
iv) Makanan Yang Tidak Distandardisasikan Di Tempat Lain
v) Novel Food
vi) Rumusan Susulan
vii) Penggunaan Air, Ais Dan Stim
Oleh itu, semua pihak yang berkepentingan (stakeholders) adalah dipelawa untuk mengemukakan sebarang cadangan pindaan bagi kumpulan komoditi tersebut.
Tarikh tutup (deadline) bagi penerimaan permohonan bagi cadangan pindaan adalah pada 31 DISEMBER 2022.
Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman sesawang BKKM,
http://fsq.moh.gov.my > Perundangan > Hebahan > 5 Years Review
Tuan/Puan yang dihormati,
Sebarang permohonan pergerakan rentas daerah atau negeri bagi keperluan pelesenan Mesin Jual Air (MJA) Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dikemukakan ke Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Negeri yang berkaitan. Sila rujuk senarai di http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/page.php?id=191
Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan surat permohonan rasmi dan melampirkan senarai pekerja atau staf berserta nombor kad pengenalan yang terlibat dalam kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan sanitasi MJA tersebut.
Walau bagaimanapun, keperluan merentas daerah dan negeri masih tertakluk kepada kebenaran pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM).
Sekian, terima kasih.
PERHATIAN !
Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan, Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan akan menangguhkan penerimaan pelawat buat sementara waktu. Sebarang urusan rasmi, sila Hubungi NO TEL : 03-8885 0796 / 03-8885 0797 atau emel ke bkkm@moh.gov.my
Nota: Hubungi nombor yang tertera dan masukkan nombor sambungan pegawai yang ingin dihubungi.
Perkhidmatan bantuan operator tidak dapat disambungkan sepanjang tempoh PKP.
Sekian, terima kasih.
Mulai 15 Mac 2021 semua industri makanan boleh membuat Pendaftaran dan menggunakan sistem FOSIM 2.0.
Semua permohonan Sijil Eksport (Sijil Kesihatan, Sijil Eksport Penjualan Bebas dan Sijil Non-GMF) dan Penyenaraian Fasiliti Makanan untuk tujuan eksport perlu menggunakan sistem FoSIM sepenuhnya mulai 1 April 2021.
Sebarang masalah berkaitan permohonan melalui sistem FOSIM, sila rujuk Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran. "
Anugerah ini diberi kepada organisasi yang telah memainkan peranan dalam memperkasa serta memartabatkan Pensijilan Halal Malaysia di peringkat domestik mahupun antarabangsa.
PKKM adalah Program penting di bawah KKM dalam memperkasakan kawalan keselamatan dan kualiti makanan di sepanjang rantaian bekalan makanan bagi memastikan rakyat mendapat makanan yang selamat dan berkualiti. Elemen keselamatan makanan merupakan kriteria penting dalam pemerolehan Pensijilan Halal. KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan turut memberikan pensijilan keselamatan makanan seperti MeSTI, GMP dan HACCP. Pensijilan ini membantu industri menghasilkan produk makanan yang berkualiti dan selamat.
Oleh itu KKM berasa bangga atas Anugerah yang diterima oleh Program Keselamatan dan Kualiti Makanan. Semoga ia menjadi pendorong bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kepada rakyat.
En Salim B.Hj Dulatti Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan telah hadir untuk menerima award tersebut
Tahniah BKKM.
Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok pada pukul 9.30 pagi di TV3 bersama Puan Rafeah Sibil dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM.
#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Buat julung kali Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan membawa anda ke Anugerah Pasar Bersih dan Selamat 2020/2021. Anugerah ini diberikan kepada pasar-pasar awam dan swasta yang komited dalam menyediakan tempat bagi jualan bahan mentah dan makanan yang mengutamakan kebersihan dan keselamatan makanan.
Ia menjadi inspirasi bagi pasar-pasar di Malaysia untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan makanan di pasar selaras dengan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya seperti Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Pasar yang bersih dan selamat dapat kemberi jaminan bekalan bahan mentah dan makanan yang berkualiti dan selamat untuk pengguna.
Anugerah ini juga bersempena tema Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2020 iaitu "Keselamatan Makanan di Pasar'.
Nantikan pengumuman Pasar Awam dan Swasta mana yang akan memenangi Anugerah ini. Ikuti siarannya pada 24 November 2021, jam 12.00 tengahari di media sosial rasmi BKKM.
Jom kita dengarkan sesi tentang MeSTI bersama Pegawai Teknologi Makanan BKKM, Puan Mashina Binti Mohamed Saat. Hanya di saluran Facebook dan Youtube rasmi Saluran BKKM.
Jom kita dengarkan sesi menarik tentang home-based food bersama Pegawai Teknologi Makanan BKKM, Puan Faiza Ismail. Hanya di saluran Facebook dan Youtube rasmi Saluran BKKM.
Terima kasih YB Khairy Jamaluddin telah merasmikan CCFO27.
Malaysia berjaya menjadi negara tuan rumah, pengerusi dan sekretariat bagi Mesyuarat Sesi ke 27 Codex Committee for Fats and Oils (CCFO) yang telah berlangsung pada 18 hingga 22 Oktober dan pada 26 Oktober 2021 di Kuala Lumpur. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia pada 18 Oktober 2021.
Sebagaimana kita sedia maklum, CCFO telah mengeluarkan standard bagi lebih 30 jenis lemak dan minyak makan. Justeru, ini menunjukkan kepentingan Malaysia untuk terus menerajui mesyuarat ini dengan mempertingkatkan penglibatan dari semua pihak termasuk industri.
Secara keseluruhan seramai 417 delegasi daripada 68 buah negara dan 9 organisasi pemerhati telah menghadiri mesyuarat ini. Selain itu, wakil dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) dan Sekretariat Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA) turut menghadiri mesyuarat ini.
Bual santai khas dengan tajuk "Penyediaan Makanan di Rumah, Perlu Ke Thoyyib?"
Bersama Encik Sazly Azizuddin @ dikenali nama pena Sazly tulih dan tetamu jemputan Imam Muda Asyraf, hanya di saluran Facebook dan Youtube rasmi Saluran BKKM.
Premis Makanan Kotor. Apa KKM Buat?
Segala persoalan bakal terungkai. Nantikan esok jam 12.00 tengah hari hanya di Facebook dan Youtube Rasmi Saluran BKKM.
Webinar Home-Based Food: Keperluan Keselamatan Makanan dan Panduan Penyenaraian KKM.
Jangan lupa bersama kami untuk kupasan lebih lanjut bersama barisan pembentang dan panel dalam Webinar Home-Based Food: Keperluan Keselamatan Makanan dan Panduan Penyenaraian KKM di Youtube Saluran BKKM.
Saksikan rancangan Selamat Pagi Malaysia 24 April 2021 (Sabtu) jam 8.00-10.00 pagi.
Bersama Puan Faiza binti Ismail, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia membincangkan mengenai topik "Keselamatan Makanan Home Based Untuk Tujuan Jualan".
Jangan lupa untuk saksikan.
Saksikan Rancangan Celoteh Raya BKKM di Facebook Rasmi BKKMHQ dan Youtube Saluran BKKM.
Terdapat pelbagai topik dan info-info keselamatan makanan yang bakal dibualkan di samping celoteh dan ucapan hari raya khas untuk seluruh rakyat di Malaysia.
Buat julung-julung kalinya tayangan khas Gema Raya BKKM 2021 bakal disiarkan secara ekslusif kepada semua.
Program yang turut menampilkan artis jemputan Haiza sebagai pengacara bersama dan 11 orang bakat dari BKKM sendiri dalam menyampaikan nyanyian, tips dan info berkaitan keselamatan makanan.
Saksikan di Facebook Rasmi BKKMHQ dan Youtube Saluran BKKM.
Tarikh 7 Jun 2020 merupakan tahun kedua Hari Keselamatan Makanan Sedunia disambut bertemakan Keselamatan Makanan di Pasar (Safe Food in Markets) . Tema pasar dipilih kerana ianya merupakan tempat utama orang ramai mendapatkan sumber bekalan bahan mentah dan makanan. 5. Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia pada tahun ini dirancang dilancarkan menerusi telecast atau live streaming menggunakan aplikasi Webinar dan Live Facebook. Sambutan ini akan turut dilancarkan secara serentak melibatkan penyertaan dari Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) di seluruh negara. YB Menteri Kesihatan akan memberikan ucapan dan perasmian secara maya disertai oleh setiap JKN terlibat. Manakala di JKN pula, lintas langsung akan dibuat di pasar basah terpilih bertepatan dengan tema pada tahun ini iaitu “Keselamatan Makanan di Pasar”.
Apa Kata Anda?
Sila tekan imej diatas untuk melihat semua infografik
Tahukah Anda?
Lebih Daripada 200 Penyakit Disebarkan Melalui Makanan