Dasar Negara bagi Pembangunan dan Pelaksanaan Peraturan telah menggariskan untuk semua agensi persekutuan mengkaji semula semua peraturan setiap 5 tahun. Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) telah merancang untuk mengkaji semula secara holistik dan sistematik semua peraturan di bawah Akta Makanan 1983 bagi peraturan standard komoditi di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Kajian semula dibuat bagi menilai peraturan sedia ada masih kekal relevan dengan mengambilkira perkembangan terkini Standard Codex Alimentarius, amalan dan norma-norma antarabangsa, perubahan dalam dasar dan polisi kebangsaan serta perkembangan terbaru dalam sains dan teknologi makanan.
Kajian semula peraturan berkaitan standard komoditi akan dibuat dalam tempoh 5 tahun bermula tahun 2020 sehingga 2024. Ia akan dilaksanakan secara berfasa mengikut keutamaan. Sekiranya terdapat keperluan untuk pindaan, peraturan tersebut akan melalui proses pindaan sehinggalah diwartakan.
BAGI TAHUN 2022, pihak PKKM akan membuka cadangan pindaan bagi kumpulan komoditi makanan berikut:
i) Air Mineral Semulajadi
ii) Air Minuman Berbungkus
Oleh itu, semua pihak yang berkepentingan (stakeholders) adalah dipelawa untuk mengemukakan sebarang cadangan pindaan. Senarai penuh peraturan adalah seperti di LAMPIRAN 1. Permohonan cadangan pindaan perlu menggunakan BORANG (Format For Application on the Amendment of Food Regulations 1985 – Standard Commodity) yang dilengkapkan dengan maklumat, data dan dokumen yang berkaitan.
Tarikh tutup (deadline) bagi penerimaan permohonan bagi cadangan pindaan adalah pada 29 APRIL 2022 (JUMAAT). Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai di bawah di talian +603-8885 0797.
Puan Zawiyah Sharif (zawiyahsharif@moh.gov.my)
Puan Nor Nabihah Abdul Rahman (n.nabihah@moh.gov.my)
Puan Nurul Emilia Abdul Karim (nurulemilia@moh.gov.my)
Tarikh mula hebahan: 12 JANUARI 2022
Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman sesawang BKKM,
http://fsq.moh.gov.my > Perundangan > Hebahan > 5 Years Review
Permohonan adalah dipelawa dari Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di PROGRAM KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA bagi jawatan PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP). Tempoh Perkhidmatan adalah 10 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022).
SYARAT LANTIKAN :-
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :- (a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Senireka Grafik, Creative Multimedia atau yang setaraf dengannya dan diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(d) Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
DESKRIPSI TUGAS :-
1) Bertanggungjawab kepada Ketua Cawangan Komunikasi dan Kepenggunaan.
2) Merekabentuk, mencadang dan mendraf rekaan kreatif infografik dan video multimedia untuk bahan promosi keselamatan dan kualiti makanan di Program Keselamatan dan Kualiti Makanan. Jangkaan bahan promosi baru yang dihasilkan termasuk infografik dan video multimedia sebanyak 20 bahan.
3) Mempunyai kemahiran untuk mengendalikan kamera dan video serta suntingan
4) Memuat naik bahan infografik dan video multimedia di laman sosial rasmi
PKKM (Facebook dan Twitter).
4) Mengambil gambar atau video melibatkan aktiviti Program Keselamatan dan
Kualiti Makanan bagi penyediaan bank data gambar-gambar digital.
5) Menyediakan video multimedia untuk Program Keselamatan dan Kualiti Makanan 2020.
6) Mengkaji dan menganalisa data-data pengikut (followers), Likes, Reach, Page
Views, Page Reviews dan Post Engagements di laman Facebook Rasmi
BKKM sedia ada dan membuat laporan sama ada dalam bentuk softcopy
atau hardcopy.
BKKM ingin memohon kerjasama dan jasa baik tuan/puan untuk menjawab borang maklumbalas mengenai Sistem FoSIM. Terima kasih di atas maklumbalas yang diberikan. Sila klik pada https://forms.gle/TKpdY3fhHxWmHwLv7
Pihak General Administration of Customs, The People’s Republic of China (GACC) akan menguatkuasakan keperluan pendaftaran premis pemprosesan makanan dan premis penyimpanan makanan seperti yang dinyatakan dalam Decree no. 248.
(versi Bahasa Mandarin), & (versi Bahasa Inggeris).
Bermula 1 Januari 2022, hanya produk makanan dari premis pemprosesan dan premis penyimpanan makanan yang telah berdaftar dengan pihak GACC DIBENARKAN import masuk ke China oleh pihak GACC.
Sehubungan itu, pihak:
i) Pengilang; dan
ii) Gudang penyimpanan makanan (dry store & cold store)
diminta mengambil tindakan SEGERA.
Sila layari link ini untuk maklumat lanjut.
http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/page.php?id=441000552
Pengumuman ini di tujukan kepada semua Juru Analisis Makanan.
Perbaharuhi Perakuan Amalan Tahunan anda sebelum Disember 2021 bagi mengelakkan caj lewat di kenakan.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Sekretariat Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia di talian 03-88850797 ext 4229/4237 atau emel di mjmm@moh.gov.my
Penguatkuasaan penggunaan MS1480:2019 akan bermula pada 1 September 2021 .Sehubungan itu , semua pemegang pensijilan HACCP KKM perlu bersedia untuk bertukar ke versi baharu MS1480:2019 mengikut tarikh yang dikuatkuasakan.
PERHATIAN !
Dalam tempoh FASA PERTAMA Pelan Pemulihan Negara, operasi kaunter Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan akan beroperasi pada jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari secara temujanji sahaja. Sebarang urusan rasmi, sila Hubungi NO TEL : 03-8885 0796 / 03-8885 0797 atau emel ke bkkm@moh.gov.my
Sekian, terima kasih.
Tuan/Puan yang dihormati,
Dimaklumkan semua permohonan lesen Mesin Jual Air (MJA), Ais, Air Minuman Berbungkus (AMB) dan Air Mineral Semulajadi (AMS) perlu dikemukakan melalui Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) di http://fosim.moh.gov.my berkuatkuasa serta-merta.
Walau bagaimanapun, permohonan lesen yang masih sedang diproses secara manual (permohonan yang diterima sebelum FoSIM dilancarkan pada 15 Mac 2021) di peringkat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) perlu diselesaikan dengan SEGERA oleh pemohon. Laporan akhir permohonan pula perlu dikemukakan oleh PKD/JKN ke peringkat Ibu Pejabat BKKM selewat-lewatnya pada 30 September 2021.
Bagi permohonan lesen (secara manual) yang tidak diselesaikan selepas 30 September 2021, maka permohonan adalah TERBATAL dan pemohon perlu mengemukakan permohonan baru berserta bayaran fi proses melalui sistem FoSIM.
Sekian, terima kasih.
Tuan/Puan yang dihormati,
Sebarang permohonan pergerakan rentas daerah atau negeri bagi keperluan pelesenan Mesin Jual Air (MJA) Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dikemukakan ke Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Negeri yang berkaitan. Sila rujuk senarai di http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/page.php?id=191
Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan surat permohonan rasmi dan melampirkan senarai pekerja atau staf berserta nombor kad pengenalan yang terlibat dalam kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan sanitasi MJA tersebut.
Walau bagaimanapun, keperluan merentas daerah dan negeri masih tertakluk kepada kebenaran pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM).
Sekian, terima kasih.
PERHATIAN !
Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan, Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan akan menangguhkan penerimaan pelawat buat sementara waktu. Sebarang urusan rasmi, sila Hubungi NO TEL : 03-8885 0796 / 03-8885 0797 atau emel ke bkkm@moh.gov.my
Nota: Hubungi nombor yang tertera dan masukkan nombor sambungan pegawai yang ingin dihubungi.
Perkhidmatan bantuan operator tidak dapat disambungkan sepanjang tempoh PKP.
Sekian, terima kasih.
Mulai 15 Mac 2021 semua industri makanan boleh membuat Pendaftaran dan menggunakan sistem FOSIM 2.0.
Semua permohonan Sijil Eksport (Sijil Kesihatan, Sijil Eksport Penjualan Bebas dan Sijil Non-GMF) dan Penyenaraian Fasiliti Makanan untuk tujuan eksport perlu menggunakan sistem FoSIM sepenuhnya mulai 1 April 2021.
Sebarang masalah berkaitan permohonan melalui sistem FOSIM, sila rujuk Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran. "
Anugerah ini diberi kepada organisasi yang telah memainkan peranan dalam memperkasa serta memartabatkan Pensijilan Halal Malaysia di peringkat domestik mahupun antarabangsa.
PKKM adalah Program penting di bawah KKM dalam memperkasakan kawalan keselamatan dan kualiti makanan di sepanjang rantaian bekalan makanan bagi memastikan rakyat mendapat makanan yang selamat dan berkualiti. Elemen keselamatan makanan merupakan kriteria penting dalam pemerolehan Pensijilan Halal. KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan turut memberikan pensijilan keselamatan makanan seperti MeSTI, GMP dan HACCP. Pensijilan ini membantu industri menghasilkan produk makanan yang berkualiti dan selamat.
Oleh itu KKM berasa bangga atas Anugerah yang diterima oleh Program Keselamatan dan Kualiti Makanan. Semoga ia menjadi pendorong bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kepada rakyat.
En Salim B.Hj Dulatti Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan telah hadir untuk menerima award tersebut
Tahniah BKKM.
Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok pada pukul 9.30 pagi di TV3 bersama Puan Rafeah Sibil dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM.
#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Buat julung kali Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan membawa anda ke Anugerah Pasar Bersih dan Selamat 2020/2021. Anugerah ini diberikan kepada pasar-pasar awam dan swasta yang komited dalam menyediakan tempat bagi jualan bahan mentah dan makanan yang mengutamakan kebersihan dan keselamatan makanan.
Ia menjadi inspirasi bagi pasar-pasar di Malaysia untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan makanan di pasar selaras dengan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya seperti Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Pasar yang bersih dan selamat dapat kemberi jaminan bekalan bahan mentah dan makanan yang berkualiti dan selamat untuk pengguna.
Anugerah ini juga bersempena tema Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2020 iaitu "Keselamatan Makanan di Pasar'.
Nantikan pengumuman Pasar Awam dan Swasta mana yang akan memenangi Anugerah ini. Ikuti siarannya pada 24 November 2021, jam 12.00 tengahari di media sosial rasmi BKKM.
Jom kita dengarkan sesi tentang MeSTI bersama Pegawai Teknologi Makanan BKKM, Puan Mashina Binti Mohamed Saat. Hanya di saluran Facebook dan Youtube rasmi Saluran BKKM.
Jom kita dengarkan sesi menarik tentang home-based food bersama Pegawai Teknologi Makanan BKKM, Puan Faiza Ismail. Hanya di saluran Facebook dan Youtube rasmi Saluran BKKM.
Terima kasih YB Khairy Jamaluddin telah merasmikan CCFO27.
Malaysia berjaya menjadi negara tuan rumah, pengerusi dan sekretariat bagi Mesyuarat Sesi ke 27 Codex Committee for Fats and Oils (CCFO) yang telah berlangsung pada 18 hingga 22 Oktober dan pada 26 Oktober 2021 di Kuala Lumpur. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia pada 18 Oktober 2021.
Sebagaimana kita sedia maklum, CCFO telah mengeluarkan standard bagi lebih 30 jenis lemak dan minyak makan. Justeru, ini menunjukkan kepentingan Malaysia untuk terus menerajui mesyuarat ini dengan mempertingkatkan penglibatan dari semua pihak termasuk industri.
Secara keseluruhan seramai 417 delegasi daripada 68 buah negara dan 9 organisasi pemerhati telah menghadiri mesyuarat ini. Selain itu, wakil dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) dan Sekretariat Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA) turut menghadiri mesyuarat ini.
Bual santai khas dengan tajuk "Penyediaan Makanan di Rumah, Perlu Ke Thoyyib?"
Bersama Encik Sazly Azizuddin @ dikenali nama pena Sazly tulih dan tetamu jemputan Imam Muda Asyraf, hanya di saluran Facebook dan Youtube rasmi Saluran BKKM.
Premis Makanan Kotor. Apa KKM Buat?
Segala persoalan bakal terungkai. Nantikan esok jam 12.00 tengah hari hanya di Facebook dan Youtube Rasmi Saluran BKKM.
Webinar Home-Based Food: Keperluan Keselamatan Makanan dan Panduan Penyenaraian KKM.
Jangan lupa bersama kami untuk kupasan lebih lanjut bersama barisan pembentang dan panel dalam Webinar Home-Based Food: Keperluan Keselamatan Makanan dan Panduan Penyenaraian KKM di Youtube Saluran BKKM.
Saksikan rancangan Selamat Pagi Malaysia 24 April 2021 (Sabtu) jam 8.00-10.00 pagi.
Bersama Puan Faiza binti Ismail, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia membincangkan mengenai topik "Keselamatan Makanan Home Based Untuk Tujuan Jualan".
Jangan lupa untuk saksikan.
Saksikan Rancangan Celoteh Raya BKKM di Facebook Rasmi BKKMHQ dan Youtube Saluran BKKM.
Terdapat pelbagai topik dan info-info keselamatan makanan yang bakal dibualkan di samping celoteh dan ucapan hari raya khas untuk seluruh rakyat di Malaysia.
Buat julung-julung kalinya tayangan khas Gema Raya BKKM 2021 bakal disiarkan secara ekslusif kepada semua.
Program yang turut menampilkan artis jemputan Haiza sebagai pengacara bersama dan 11 orang bakat dari BKKM sendiri dalam menyampaikan nyanyian, tips dan info berkaitan keselamatan makanan.
Saksikan di Facebook Rasmi BKKMHQ dan Youtube Saluran BKKM.
Tarikh 7 Jun 2020 merupakan tahun kedua Hari Keselamatan Makanan Sedunia disambut bertemakan Keselamatan Makanan di Pasar (Safe Food in Markets) . Tema pasar dipilih kerana ianya merupakan tempat utama orang ramai mendapatkan sumber bekalan bahan mentah dan makanan. 5. Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia pada tahun ini dirancang dilancarkan menerusi telecast atau live streaming menggunakan aplikasi Webinar dan Live Facebook. Sambutan ini akan turut dilancarkan secara serentak melibatkan penyertaan dari Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) di seluruh negara. YB Menteri Kesihatan akan memberikan ucapan dan perasmian secara maya disertai oleh setiap JKN terlibat. Manakala di JKN pula, lintas langsung akan dibuat di pasar basah terpilih bertepatan dengan tema pada tahun ini iaitu “Keselamatan Makanan di Pasar”.
Apa Kata Anda?
Sila tekan imej diatas untuk melihat semua infografik
Tahukah Anda?
Pengilang makanan WAJIB mewujudkan satu program jaminan keselamatan makanan (PJKM) seperti MESTI, GMP atau HACCP