Lain-Lain Bahasa Soalan Lazim Borang Kepuasan Pelanggan

Pindaan Prosedur Permohonan Kelulusan Mengimport Bahan Perisa 

Salam 1 Malaysia

Tuan/Puan,

Selaras dengan Warta Kerajaan Persekutuan P.U.(A) 318 berkaitan Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan) (No.3) 2012 bertarikh 27 September 2012 yang berkuatkuasa pada tarikh yang sama, adalah dimaklumkan bahawa pengimportan bahan perisa tidak lagi memerlukankelulusan bertulis daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Walaubagaimanapun, setiap bahan perisa yang diimport perlu mematuhi segala keperluan yang diperuntukkan di bawah Peraturan 22, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang baru dipinda.

Bersama-sama ini disertakan Warta Kerajaan Persekutuan P.U.(A) 318berkenaan untuk rujukan tuan /puan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi sama ada En. Sazly Azizuddin bin Sahaimi (No. Telefon 03-8883 2428; email: sazly@moh.gov.my) atauEn. Muhammad Izham bin Mat Saad (No. Telefon 03-8883 3595; email: ppkp_izham@moh.gov.my) untuk mendapat maklumat lanjut.


Sekian, terima kasih.

Modified: April 16, 2013 at 6:57 am

Tags: