Lain-Lain Bahasa Soalan Lazim Borang Kepuasan Pelanggan

Perbezaan Air Mineral Semula jadi (AMS) & Air Minuman Berbungkus (AMB) 

Pendahuluan

Peraturan-Peraturan Makanan  1985 mensyaratkan bagi sesiapa yang mengambil air mineral semula jadi (AMS) atau air minuman berbungkus (AMB) untuk tujuan kegunaan  manusia dan diperdagangkan perlu  mempunyai lesen punca air tersebut.

Secara amnya semua air adalah sama, hanya kandungan bahan larut seperti mineral, bahan cemar dan bahan organik sahaja yang berbeza. Perbezaan ini bergantung kepada jenis punca, kaedah rawatan yang digunakan dan pemprosesan.

Kekeliruan yang biasa ditanya oleh pengguna

Ada pengguna yang keliru  dengan  penyataan osmosis berbalik, osmosis songsang,R.O Water, air suling dan  ozon water. Penyataan ini adalah merupakan jenis proses rawatan ke atas air yang dilakukan untuk air minuman berbungkus. Secara amnya proses rawatan tersebut adalah untuk menghilangkan bau, rasa, kontaminan organik dan klorin. Rawatan seperti penyulingan dan osmosis berbalik adalah untuk membuang atau mengurangkan mineral manakala ozon digunakan untuk membunuh kuman (disinfeksi).

Nasihat kepada pengguna

Pengguna harus tahu perbezaan di antara air mineral semula jadi dan air minuman berbungkus yang dibotolkan. Cara paling mudah untuk membezakan kedua-dua jenis air ini ialah dengan membaca label dan melihat pada penutup botol. Penutup berwarna putih untuk air minuman berbungkus dan pelbagai warna untuk air mineral semula jadi.

   



 

Modified: April 9, 2014 at 7:42 am