Lain-Lain Bahasa Soalan Lazim Borang Kepuasan Pelanggan

Pensijilan Trust myCatering 

Pensijilan Trust MyCatering diwujudkan bagi mengiktiraf pengusaha katering yang menyumbang kepada perkembangan industri makanan negara serta mewujudkan persaingan sihat untuk industri katering makanan menghasilkan makanan yang selamat. Permohonan untuk mendapatkan pensijilan ini adalah terbuka kepada semua jenis pengusaha katering makanan mengikut kategori berikut iaitu skala kecil dan sederhana serta mass katering:

 

Kategori Bilangan Pekerja Skala Tempahan
Kecil <10 orang <100 pax
Sederhana 11-20 orang <500 pax
Mass >20 orang >500 pax

 

Pensijilan ini akan dijadikan jenama nasional dan diangkat menjadi satu trend di kalangan industri dan pengguna sekaligus melonjakkan permintaan terhadap makanan yang selamat di dalam industri ini. Melalui pensijilan ini, promosi dan peluang kebolehpasaran produk makanan katering dapat ditingkatkan.

Dalam pada itu Garis Panduan Trust myCatering disediakan bagi membantu pengusaha katering makanan meningkatkan tahap keselamatan makanan yang sedia ada atau baru dilaksanakan serta meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap makanan yang dihasilkan dan mengelakkan kejadian keracunan makanan.


Muat turun (pdf)- Garis Panduan Trust myCatering Untuk Mass Catering


Muat turun (pdf)- Garis Panduan Trust myCatering Untuk Skala Kecil dan Sederhana


Muat turun (pdf)- Manual Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) Untuk Mass Catering


Muat turun (Pdf)- Prosedur Pensijilan Trust myCatering

 

Modified: June 5, 2017 at 3:00 am

Tags: