Lain-Lain Bahasa Soalan Lazim Borang Kepuasan Pelanggan

Penarikan Balik Produk Evergreen Life Manuka Honey Dari New Zealand 

Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan daripada laman sesawang Ministry of Primary Industries (MPI), New Zealand bertarikh 26 Februari 2016 mengenai penarikan balik produk Manuka Honey tertentu oleh Syarikat Evergreen Life Limited di New Zealand kerana terdapat maklumat bahawa ada kemungkinan bahan yang tidak dibenarkan iaitu dihydroxyacetone dan methylglyoxal digunakan dalam pemprosesan produk madu tersebut. Pihak MPI, New Zealand menyatakan bahawa tiada bahaya keselamatan makanan yang dikaitkan dengan produk yang ditarik balik.

Maklumat lanjut sila muat turun kenyataan akhbar di bawah.


Muat turun Kenyataan Akhbar (PDF)- PENARIKAN BALIK PRODUK EVERGREEN LIFE MANUKA HONEY ; Lampiran – Senarai Produk Evergreen Life Manuka Honey Dari New Zealand

 

Modified: March 7, 2016 at 7:52 am

Tags: